Home > Bahasa Melayu
Maktab Duli PMAMB anjur Doa Kesyukuran
MAJLIS dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah (lima dari kanan). MAJLIS dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah (lima dari kanan). MAJLIS dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah (lima dari kanan). MAJLIS dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah (lima dari kanan).
February 20th, 2018 | 10:15 AM | 919 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (PMAMB) telah mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Ke-44 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Majlis berlangsung di Pusat Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli PMAMB, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah.
Juga hadir, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Kluster, Pengetua-pengetua, Pemangku Pengetua Maktab Duli PMAMB, Dayang Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim, Timbalan Pengetua, pegawai dan kakitangan serta pelajar maktab berkenaan.
Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah diimamkan oleh Ustaz Syed Mohsen bin Syed Abd Rahman Al Kaff.
Manakala bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Ustaz Arman bin Ahad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]