Home > Bahasa Melayu
Lelaki warga Indonesia dikehendaki bantu siasatan
PASUKAN Polis Diraja Brunei memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Indonesia, Anas Muhajir Husni (20) bagi membantu siasatan.
February 20th, 2018 | 09:35 AM | 784 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang bertugas sebagai pemandu bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan Pasukan PDB, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan (BSB), Daerah Brunei Muara untuk membantu aduan bagi lelaki yang dikehendaki, Anas Muhajir Husani (20).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya boleh menghubungi Balai Polis Pusat BSB melalui talian 2242334 dan talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.
Maklumat lanjut mengenainya bolehlah melayari laman sesawang Pasukan PDB 'www.police.gov.bn'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pasukan Polis Diraja Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]