FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tiga amalan perniagaan yang tidak merugikan


TAZKIRAH Subuh bertajuk 'Perniagaan Yang Tidak Akan Merugikan' disampaikan oleh Pegawai Ugama dari Sekolah Ugama Menengah Arab Perempuan Pengiran Anak Hajah Saleha Kampung Katok, Ustaz Pengiran Haji Mohd. Norhadi bin Pengiran Haji Bongsu.

 


 February 19th, 2018  |  10:08 AM  |   1121 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Al-Quran pada Surah Faathir ayat 29 dan 30 yang kira-kira bermaksud, ''Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa melazimkan membaca kitab Allah Al-Quran, mendirikan sembahyang  serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan secara sembunyi atau terang-terangan dan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak merugikan.''

 

Perkara tersebut merupakan antara butiran tazkirah yang dikongsikan oleh Pegawai Ugama dari Sekolah Ugama Menengah Arab Perempuan Pengiran Anak Hajah Saleha Kampung Katok, Pengiran Haji Mohd. Norhadi bin Pengiran Haji Bongsu semasa Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Semasa menyampaikan tazkirah bertajuk 'Perniagaan yang tidak merugikan', turut mengongsikan tiga amal soleh yang dimaksudkan sebagai perniagaan yang tidak akan merugikan, atau amalan yang dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda, iaitu dengan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, sentiasa mendirikan sembahyang fardu dengan sempurna dan membelanjakan harta yang telah dikurniakan oleh Allah secara rahsia atau secara terang-terangan.

 

Tambah beliau pada ayat seterusnya, Allah menyatakan janji Allah dengan mengurniakan pahala yang akan sentiasa bertambah bagi setiap hamba-Nya yang mengerjakan tiga amalan tersebut serta sentiasa menerima setiap amal soleh yang dikerjakan dan mengampuni segala dosa hamba-hamba-Nya.

 

Antara yang hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama.

 

Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala bagi diri kita, keluarga dan juga negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19