Home > Bahasa Melayu
Hospital PMMPMHAB adakan Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM
MAJLIS Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang ke-44 Tahun.
February 17th, 2018 | 10:21 AM | 1215 views
TUTONG
Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ke-44 Tahun di Surau As-salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.
Majlis dimulai dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Sembahyang berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Ketua Guru Agama di hospital berkenaan, Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah.
Sementara Doa Kesyukuran dipimpin oleh Ketua Guru Agama, Jabatan Kesihatan Tutong, Awang Haji Abd. Yazid bin Haji Rosli Aziz.
Turut hadir, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan serta pegawai dan kakitangan hospital berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]