FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PPB - CYiP bekerjasama promosi pekerjaan sendiri


AHLI Lembaga Darussalam Enterprise, Mr. Lau Shiew Yuen (kanan) yang juga selaku Pengerusi Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait menyerahkan Cek Hamper kepada Ahli Lembaga Pengarah PPB, Dayang Sinoor Zenin.

 


 February 14th, 2018  |  09:25 AM  |   629 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak 89 hamper Produk Buatan Brunei yang dihasilkan oleh lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB) diserahkan kepada Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Cek Hamper disampaikan oleh Ahli Lembaga Darussalam Enterprise, Mr Lau Shiew Yuen yang juga selaku Pengerusi Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait kepada Ahli Lembaga Pengarah PPB, Dayang Sinoor Zenin berlangsung di Bangunan Knowledge HUB (KHub), di sini.

 

Juga hadir pada penyerahan tersebut ialah Pegawai Latihan Pusat Pembangunan Belia, Awang Saiful Rizal bin Haji Ariffin yang juga selaku Naib Pengerusi Koperasi PPB.

 

Sementara itu, Penasihat Dewan Perniagaan Kebangsaan dan Industri Brunei Darussalam, Kapten (B) Zailan bin Pehin Dato Mohd Don yang juga selaku Pengetua Program Inisiatif Kotej dan Belia (Cottage and Youth Initiative Program - CYIP) dalam ucapannya menjelaskan, Program CYIP bermula pada akhir tahun 2015 sebagai sebahagian daripada inisiatif sektor swasta untuk memacu ekonomi Brunei dalam pengeluaran eksport ke Industri Non Hidrokarbon, untuk memberi tumpuan terutamanya kepada produk halal.

 

Jelasnya, Program Perniagaan CYiP telah dinaik taraf kepada Perkhidmatan dan Hub Perdagangan Halal Antarabangsa (IHTHS) pada Disember 2017 sebagai sebuah entiti perniagaan untuk berdagang produk halal.

 

''Strategi utama kami adalah untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai Hub Perdagangan Halal Antarabangsa dan untuk mempromosikan Komuniti Ekonomi ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dan Asia Pasifik sebagai pangkalan pasaran dan menggunakan BIMP EAGA sebagai platform ekonomi utama melalui Majlis Perniagaan BIMP EAGA Brunei Darussalam,'' ujarnya.

 

Menurutnya, PPB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bekerjasama dengan CYiP bermula Julai 2017 dengan tujuan untuk mempromosikan pekerjaan sendiri dan merangsang usaha mikro untuk para pelatih.

 

Tambahnya, mereka mengenal pasti bahawa kekuatan PBB terdiri daripada tiga aspek, iaitu city and guild certificate, pengajar profesional yang berpengalaman dan kemudahan gred perindustrian, yang mana ianya menjadikan PBB relevan untuk potensi produk eksport.

 

Kapten (B) Zailan dalam temu bual juga menjelaskan harapannya agar masyarakat Brunei melihat bahawa produk tempatan memang berkualiti dan relevan untuk dipasarkan dan sebagainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10