FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Program Pra-Vokasional terima sijil


GAMBAR ramai bersama pelajar Program Pra-Vokasional yang telah menamatkan latihan penempatan kerja dengan Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., tahun lepas.

 


 February 14th, 2018  |  09:23 AM  |   1141 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Empat orang pelajar Program Pra-Vokasional yang telah menamatkan latihan penempatan kerja  menerima sijil masing-masing setelah menjalani program penempatan dengan Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd.

 

Hadir menyampaikan sijil-sijil tersebut ialah Pengurus Am Kumpulan Syarikat-syarikat Sabli, Awang Jasmadi bin Haji Jamudin.

 

Setakat ini tiga pelajar Program Pra-Vokasional dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam telah menjalani latihan penempatan kerja di sekolah, membungkus rempah yang dibekalkan oleh Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd. Dua pelajar Tahun 11 menjalani latihan penempatan kerja selama enam bulan (April hingga September 2017), manakala seorang pelajar Tahun 10 menjalani latihan penempatan kerja selama 3 bulan (April hingga Julai 2017). Seorang pelajar Tahun 10 Program Pra-Vokasional Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna telah menjalani latihan penempatan kerja selama tiga bulan (Ogos hingga Oktober 2017) di Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., Tapak Perindustrian Lambak Kanan.

 

Sokongan daripada Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., dalam menyokong Program Pra-Vokasional melalui peluang yang diberikan kepada pelajar Program Pra-Vokasional menjalani latihan penempatan kerja sangat-sangat dihargai oleh sekolah-sekolah yang terbabit.

 

Pelajar-pelajar berkenaan telah menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bekerja yang sangat berharga. Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit  menghargai inisiatif Unit Akademik Jabatan Sekolah-Sekolah dalam memperkenalkan kolaborasi di antara sekolah dengan Syarikat Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., di bawah projek Pendedahan Kemahiran Kerja. Melalui projek berkenaan, pelajar berpeluang mempelajari asas kemahiran kerja melalui pembungkusan rempah. Ia juga sebagai satu alternatif bagi pelajar yang mempunyai masalah pengangkutan untuk pergi ke tempat bekerja atau tidak ada tempat penempatan kerja yang bersesuaian untuk pelajar dan yang berdekatan dengan kediaman pelajar.

 

Timbalan Pengetua Akademik Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Mohammad Ariffin bin Pengiran Haji Aliuddin juga menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak Unit Akademik, Jabatan Sekolah-Sekolah dalam membantu pihak sekolah dalam mencari peluang penempatan kerja dan menguruskan permohonan penempatan kerja pelajar Program Pra-Vokasional.

 

Pengurus Am Kumpulan Syarikat-Syarikat Sabli, Awang Jasmadi bin Haji Jamudin bagi mewakili Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad dan pihak Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., dalam ucapannya memuji dan menyokong inisiatif yang diperkenalkan oleh Unit Akademik Jabatan Sekolah-Sekolah dalam membantu pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar Program Pra-Vokasional dan guru menimba kemahiran kerja melalui aktiviti pembungkusan rempah dengan kerjasama dengan Syarikat Sabli Food Industries Sdn. Bhd., di bawah Projek Pendedahan Kemahiran Kerja.

 

Projek Pendedahan Kemahiran Kerja yang diperkenalkan oleh Unit Akademik, Jabatan Sekolah-Sekolah antara lain merupakan satu platform bagi pelajar dan guru menimba kemahiran kerja melalui jalinan kerjasama di antara pihak sekolah dengan syarikat tempatan di Brunei. Di bawah Projek Pendedahan Kemahiran Kerja ini, syarikat tempatan bekerjasama dengan sebuah sekolah dan memberi peluang pelajar menimba kemahiran kerja, contohnya melalui pembungkusan rempah Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., di sekolah atau pelajar dan guru mengikuti kursus pendek di syarikat berkenaan. Ini akan diikuti dengan penempatan kerja pelajar di Tahun 10 dan Tahun 11 dengan syarikat berkenaan untuk menimba pengalaman dan kemahiran kerja yang lain.

 

Setakat tahun 2018, sebanyak lima buah sekolah menengah dan maktab kerajaan yang terpilih terlibat dengan projek ini. Syarikat tersebut telah berkolaborasi dengan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (5 Oktober 2015), Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (29 Ogos 2016), Sekolah Menengah Sufri Bolkiah (19 November 2016), Sekolah Menengah Katok (8 April 2017) dan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (17 Ogos 2017). Aktiviti pembungkusan rempah dilaksanakan semasa hari persekolahan sahaja.

 

Bagi menghargai Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit dan Timbalan Pengetua Akademik Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Mohammad Ariffin bin Pengiran Haji Aliuddin masing-masing menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Awang Jasmadi bin Haji Jamudin, Pengurus Am Kumpulan Syarikat-Syarikat Sabli.

 

Program Pra-Vokasional mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah menengah dan maktab kerajaan yang terpilih oleh Kementerian Pendidikan sejak tahun 1999. Setakat 2018, sebanyak 28 buah sekolah menengah dan maktab kerajaan telah melaksanakan program ini di keempat-empat daerah.

 

Program ini mengamalkan pendekatan kemahiran hidup dalam membantu dan melatih pelajar dengan kebolehan kognitif yang sederhana supaya mereka boleh berdikari dalam kehidupan seharian.

 

Program ini melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal seperti memasak, 'housekeeping', pertukangan kayu, berkebun, dan kraf tangan kreatif yang lain untuk membangunkan kemahiran asas vokasional.

 

Ia merupakan program lima tahun, yang mana dalam Tahun 10 para pelajar akan menjalani penempatan kerja selama tiga bulan manakala dalam Tahun 11 para pelajar akan menjalani penempatan kerja selama enam bulan. Pelajar akan mengikuti penempatan kerja dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari semasa hari persekolahan sahaja.

 

Turut hadir, Pengurus Tugas Khas, Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., Awang Haji Mohd Nooh bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman;  Pemangku Penolong Pengarah, Dayang Hajah Lena binti Muhd Hassan; Pegawai Pelajaran Kanan, Dayang Hajah Rosmah binti Haji Kadir dan pegawai-pegawai daripada Unit Akademik Jabatan Sekolah-Sekolah, Pengetua, Guru 'homeroom' dan pelajar yang diraikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Awang Andree Asmara bin Haji Abidin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39