Home > Bahasa Melayu
PKWE bertahlil di Tanah Perkuburan Kampung Sengkarai
AHLI-AHLI PKWE Tutong berkumpul mengadakan sesi sukan Tai Chi di perkarangan Pantai Seri Kenangan Tutong sebagai aktiviti mingguan
February 14th, 2018 | 09:15 AM | 576 views
TUTONG
Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Tanah Perkuburan Kampung Sengkarai sebagai salah satu aktiviti keugamaan pusat tersebut Sabtu lepas, 10 Februari 2018.
Aktiviti seumpamanya memberi peluang kepada Ahli-ahli PKWE bersatu padu mengeratkan dan mengakrabkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli dalam suatu majlis yang berkebajikan.
Mengetuai rombongan ialah Ketua Pengurus PKWE, Awang Haji Metamit bin Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja PKWE, Awang Haji Hamaffi bin Mohd Yassin.
Perkumpulan Ahli-ahli PKWE tersebut juga diselajurkan dengan acara riadah sukan Tai Chi bertempat di kawasan lapang Pantai Seri Kenangan, sebagai aktiviti mingguan pusat tersebut untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hernie Suliana Haji Othman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]