Home > Bahasa Melayu
Dedahkan Pelatih PKBN agar sentiasa cenderung kepada aspek keugamaan
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua imam masjid.
February 13th, 2018 | 10:37 AM | 921 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Para pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) hari ini berkesempatan menunaikan Solat Fardu Subuh Berjemaah bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, di sini.
Solat Fardu Subuh Berjemaah turut disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah yang juga pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) tersebut diimamkan oleh Imam Masjid Mohamed Bolkiah, Awang Haji Muslim bin Haji Abdul Razak.
Ia merupakan salah satu tradisi yang diadakan pada setiap Pengambilan PKBN dan julung kalinya diadakan di masjid berkenaan.
Pada masa yang sama, bagi mendedahkan para pelatih untuk sentiasa cenderung kepada aspek-aspek keugamaan secara holistik dan sosial dengan menunaikan Solat Fardu Subuh Bejemaah di masjid-masjid dan balai-balai ibadat.
Sebaik saja selesai majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta rombongan beredar ke Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bagi menyaksikan Upacara Menaikkan Bendera PKBN.
Diikuti dengan menyaksikan Sesi Latihan Jasmani daripada para Pelatih PKBN Pengambilan Ke-7.
Dalam pada itu, para Pelatih PKBN Pengambilan Ke-7 dan pihak PKBN berbesar hati atas kehadiran Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam memberi semangat jitu kepada mereka untuk mengharungi kehidupan dengan tabah dalam membina jati diri demi agama, bangsa dan negara serta memertabatkan imej negara sebagai sebuah Negara Zikir sesuai dengan konsep Melayu Islam Beraja.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]