FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kumpulan Wardah 2.0, Mukim Seria juara Pertandingan Koir


HADIR selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

 


 February 9th, 2018  |  11:07 AM  |   833 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kumpulan Koir Wardah 2.0 dari Mukim Seria muncul juara pada Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Di Antara Mukim-Mukim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND1,500 dan sijil penyertaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

 

Pertandingan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, di sini.

 

Juga hadir ialah Penolong Pegawai Penerangan yang juga Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin, selaku Pengerusi Majlis.

 

Pada pertandingan yang disertai oleh enam kumpulan koir tersebut, Kumpulan Koir Ittihadiyah dari Mukim Seria muncul naib johan dan menerima wang tunai BND1,300, tempat ketiga ialah Kumpulan Koir Belia-Belia Wanis Panaga juga dari Mukim Seria menerima wang tunai BND1,000, manakala penerima-penerima saguhati menerima wang tunai BND500 berserta sijil penyertaan.

 

Menerusi temu bual Pelita Brunei bersama Ketua Kumpulan Wardah 2.0, Awang Ahmad Aizuddin bin Haji Rosly melahirkan rasa gembira kerana sekali lagi pada tahun ini menjuarai pertandingan tersebut dengan mengekalkan lagu yang sama dan cuma mengubah dari segi muzik serta irama.

 

Ketua Unit Orkestra RTB, Awang Eddy Misuari bin Ahmad Zaini, selaku hakim jemputan menjelaskan, penghakiman dilakukan melalui tiga kriteria antaranya, suara ramai yang seiring, melodi yang tidak diubah, seragam dan harmoni, kedua persembahan mengikut rentak dan corak dan ketiga pakaian serta tertib keluar dan masuk.

 

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan diungkayahkan sejak 2016 yang diadakan di keempat-empat daerah dan dihasrat untuk melahirkan bakat-bakat dalam pelbagai cabang seni nyanyian, lakonan, tarian dan pengacaraan, di samping menanam semangat patriotik, meningkatkan semangat cinta kepada raja dan bangsa melalui penghayatan lagu-lagu patriotik yang dipertandingkan, di samping menjadi landasan dalam mencungkil bakat seni dalam kalangan penduduk mukim dan kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Haji Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16