FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dedikasi dan komited laksanakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyeru demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018 yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri

 


 January 23rd, 2018  |  09:30 AM  |   841 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia diseru agar terus memainkan peranan penuh dedikasi serta komitmen yang tinggi dalam sama-sama membuat persediaan awal demi memastikan kelicinan pelaksanaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 pada tahun ini.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyeru demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018 yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan dan memaklumkan bahawa Kebawah DYMM telah mengurniakan perkenan atas lantikan Penaung-Penaung, Penasihat serta Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM pada tahun ini terdiri dari Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien manakala Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku Penasihat Jawatankuasa.

 

Menurutnya lagi, seramai 35 orang yang hadir dalam mesyuarat tersebut dilantik selaku Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan.

 

"Saya juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan dan bagi mewakili semua ahli-ahli jawatankuasa menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia pelantikan ini," jelasnya.

 

Dalam hal ini, Yang Berhormat yakin semua ahli jawatankuasa yang berkenaan di peringkat kebangsaan, daerah juga jawatankuasa-jawatankuasa kerja akan terus berusaha membisaikan dan memastikan kemeriahan serta kesempurnaan majlis sambutan nanti berjalan dengan baik, sempurna dengan tahap dan kualiti yang lebih baik lagi.

 

Oleh yang demikian, Yang Berhormat berharap hasil mesyuarat itu, pegawai-pegawai daerah selaku Pengerusi kepada Jawatankuasa Tadbir Tinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM di peringkat daerah akan dapat mengadakan mesyuarat awal bagi sama-sama memikirkan dan mengenal pasti acara-acara perayaan yang bersesuaian dan sama-sama membuat penelitian bagi memayukan lagi cadangan konsep dan format serta atur cara keberangkatan baginda bagi Majlis Junjung Ziarah dan Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah yang berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53