Home > Sports
Kota Ranger FC Bawa Pulang Tiga Mata
PEREBUTAN bola di antara pemain Kota Rangers (jersi merah) dan Wijaya FC (jersi hijau)
January 22nd, 2018 | 09:03 AM | 6328 views
BERAKAS
Pasukan Kota Ranger FC berpesta gol setelah menumpaskan pasukan Wijaya FC, 4 - 0 pada perlawanan Liga Super DST Brunei 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas.
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan membuat serangan ke gol lawan masing-masing, namun gagal menjaringkan sebarang gol.
Memasuki babak separuh masa kedua, pasukan Kota Ranger FC menjaringkan gol pertamanya menerusi Md. Faiz Farhan bin Kamat pada minit ke-51.
Selang dua minit kemudian, gawang pasukan Wijaya FC sekali lagi digegarkan melalui jaringan Abu Suffian bin Haji Adanan pada minit ke-53.
Pasukan Kota Ranger FC mengekalkan momentumnya apabila Md. Amalul Ariffin Shah bin Said menjaringkan gol ke gawang pasukan Wijaya FC pada minit ke-56.
Pada minit ke-76, Abu Suffian menembusi pertahanan lawan, sekali gus menghadiahkan satu lagi gol buat pasukan Kota Ranger FC.
Pasukan Kota Ranger FC mengekalkan kedudukannya sehingga wisel penamat dibunyikan untuk membawa pulang tiga mata.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]