Home > Bahasa Melayu
Juara Pertandingan Video Terima Hadiah BND5, 000
PENTADBIR Hospital JPMC, Chris Carvalho menyampaikan hadiah kepada johan Kategori 'Health Screening', Dayang Siti Seri Leila Imelda Farah Zohre binti Haji Abdullah
January 20th, 2018 | 09:02 AM | 926 views
JERUDONG
Ciptaan video Awang Anas Afandi bin Haji Md. Hussain dan Dayang Siti Seri Leila Imelda Farah Zohre binti Haji Abdullah berjaya memenangi kategori masing-masing pada pertandingan video yang diselenggarakan oleh Jerudong Park Medical Centre (JPMC).
Video kreatif bakat-bakat muda, Awang Anas Afandi dipilih juara bagi Kategori 'In-Vitro Fertilization' dan juara Kategori 'Health Screening', Dayang Siti Seri Leila Imelda Farah Zohre dengan 'Vehicle and You', masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak BND5,000.
Sementara itu, Adam Groves dan Dayang Siti Nurfazirah binti Abdul Manaf masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga bagi Kategori 'In-Vitro Fertilization'.
Manakala, naib juara Kategori 'Health Screening' ialah Awang Mohammad Suhardy bin Haji Hambali dan tempat ketiga, Awang Mohammad Solehin bin Haji Masri.
Pemenang kedua dan ketiga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak BND3,000 dan BND1,000.
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah di JPMC di sini ialah Pentadbir Hospital JPMC, Chris Carvalho.
Pertandingan kali ini menerima lebih 30 penyertaan video dan dari jumlah berkenaan tiada pemenang bagi Kategori 'Varicose Vein'.
Hasil video-video berkenaan ditayangkan semasa Ekspo China ASEAN (CAEXPO) ke-14 di Naning, Guangxi China pada September lalu, dalam usaha mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang terdapat di JPMC.
Melalui pertandingan seumpama itu, memberikan peluang kepada bakat-bakat industri kreatif terutama golongan muda dalam mengetengahkan hasil mutu bakat mereka yang tersendiri.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]