Home > Bahasa Melayu
Sektor Penerbangan Semakin Berkembang
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Sijil Anugerah Biasiswa Trafik Udara bertempat di Kementerian Perhubungan.
January 18th, 2018 | 11:34 AM | 908 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sektor penerbangan merupakan satu sektor yang penting dan berkembang pada masa ke semasa yang turut menyumbang kepada sumber ekonomi negara.
Sektor tersebut juga dilihat mampu dikembangluaskan dalam memberikan pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Anugerah Biasiswa Khas Pegawai Trafik Udara di Kementerian Perhubungan, Berakas, di sini.
Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Menteri Perhubungan turut menjunjung kasih atas kurnia titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dalam memberikan biasiswa khas tersebut kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan negara dalam jurusan Pegawai Trafik Udara.
Di kesempatan ini, Yang Berhormat menyeru para penerima Biasiswa Khas agar memberikan komitmen prestasi pembelajaran yang tinggi dalam pengajian masing-masing.
Yang Berhormat menambah, kerjaya yang bakal dijawat itu memerlukan tanggungjawab yang besar bagi memastikan keselamatan penerbangan di tahap yang tinggi.
Semasa ditanya mengenai peluang-peluang pekerjaan di sektor penerbangan, Yang Berhormat menyeru ibu bapa dan penjaga supaya akan memberikan peluang kepada anak masing-masing yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian, supaya menceburkan diri dan meneroka bidang tersebut memandangkan pasaran pekerjaan dalam sektor itu begitu berkembang di dalam negara mahupun di luar negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]