FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Syarikat tempatan sertai pengagihan jaket keselamatan


MAJLIS Penyerahan Jaket Keselamatan (Life Jacket) Terpakai sumbangan Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad yang telah diadakan di Jeti Penurunan Penumpang, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 


 January 13th, 2018  |  10:58 AM  |   1367 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam sama-sama berusaha meningkatkan keselamatan semasa berada di atas perahu-perahu tambang, Pihak Berkuasa Maritim dan Perlabuhan Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan (Life Jacket) Terpakai yang  diadakan di Jeti Penurunan Penumpang, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Sebanyak 40 unit Jaket Keselamatan (Life Jacket) Terpakai sumbangan Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad telah diserahkan kepada 20 operator perahu tambang.

 

Penyerahan jaket  berkenaan disempurnakan  oleh Port Master Interim, Pihak Berkuasa Maritim dan Perlabuhan Negara Brunei Darussalam, Kapten Basza Alexandar bin Haji Basri.

 

Hadir menyaksikan penyerahan jaket keselamatan tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi.

 

Dr. Awang Haji Supry dalam ucapannya turut mengingatkan kepada operator perahu-perahu tambang akan perimustahaknya bagi mereka menggunakan jaket keselamatan selaku 'role model' kepada para penumpang dalam sama-sama menyampaikan mesej kesedaran keselamatan kepada semua.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Abdus Salam bin Haji Ali diikuti dengan Taklimat Jaket Keselamatan yang disampaikan oleh Pengurus Hal Ehwal Keselamatan, Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad, Awang Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif.

 

Pelita Brunei juga menemu bual salah seorang penerima yang telah mengendalikan perahu tambang lebih daripada lima tahun, iaitu Awang Firdaus bin Haji Awang Wahab.

 

Beliau turut meluahkan rasa bersyukur di atas pemberian jaket keselamatan tersebut dan akan dimanfaatkan sebaiknya.

 

Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad, Awang Haji Osman bin Haji Omar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16