FacebookInstagramTwitterContact

 

Jokowi distributes land certificates to S. Sulawesi residents           >>           Hot and wet Chinese New Year with thundery showers in the afternoons            >>           Three drug pushers nabbed in Kota Tinggi           >>           LEADERS FOUNDATION CAMP 2.0           >>           Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Puja Usia DPMM           >>           Hospital PMMPMHAB adakan Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM           >>           Bendera besar berkibar megah di ibu negara           >>           Meet The Kessel Run Millennium Falcon! Lego's 1st 'Solo: A Star Wars Story' Set           >>           UBD, UNISSA, UTB sambut Doa Kesyukuran sempena puja usia DPMM           >>           Google Removes ‘View Image’ Button From Image Search           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Chinese New Year (16th-17th Jan 2018)
| 00:00 AM


Yes2Malaysia education
February 19th, 2018 | 10:00 AM


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:07AM

Subuh

: 05:17AM

Syuruk

: 06:35AM

Doha

: 06:58AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:55PM

Maghrib

: 06:33PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau suasana penggal pertama persekolahan 2018


MENTERI Pendidikan dan rombongan dibawa melawat prasarana dan pembelajaran yang sedang dijalankan di Sekolah Rendah Katok ‘B’.

 


 January 4th, 2018  |  10:30 AM  |   593 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Memasuki hari ketiga persekolahan bagi penggal pertama persekolahan tahun 2018, suasana keceriaan dan semangat para pelajar masing-masing jelas terpapar pada wajah.

 

Ada sebilangan besar begitu bersemangat menemui guru-guru dan juga sahabat-sahabat untuk memulakan sesi pembelajaran khususnya dalam suasana peningkatan kelas yang diduduki di tahun yang baharu ini.

 

Bersempena dengan musim persekolahan tahun 2018, pucuk pimpinan Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah bagi melihat perjalanan persekolahan pelajar-pelajar sesi persekolahan awal tahun yang bermula pada Selasa, 2 Januari 2018.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Rendah Rimba III dan Sekolah Rendah Katok 'B'.

 

Ketibaan Menteri Pendidikan dan rombongan di Sekolah Menengah Rimba dialu-alukan oleh Timbalan Pengetua Akademik Sekolah Menengah Rimba, Dayang Rosmawati binti Mohammad dan Ketua Kluster 4,  Awang Haji Abdullah bin Haji Ismail.

 

Yang Berhormat  dan rombongan meninjau suasana pendaftaran dan Sesi Orientasi Penuntut-Penuntut Tahun 7, 2018 yang diadakan di Dewan Koloboratif, Sekolah Menengah Rimba.

 

Seterusnya, Yang Berhormat dan rombongan mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Rimba III.  

 

Mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat dan rombongan ialah Guru Besar Sekolah Rendah Rimba III, Dayang Azimah binti Haji Ali Ahmad dan Ketua Kluster 4, Awang Haji Abdullah.

 

Sekolah Rendah Rimba III mempunyai seramai 333 pelajar dan 28 tenaga pengajar.

 

Yang Berhormat dan rombongan menyaksikan sesi pengajaran di dalam bilik Tahun 1A, Tahun 2A dan Tahun 3A.  

 

Yang Berhormat  turut membuat lawatan ke perpustakaan, makmal komputer dan beberapa buah kelas rendah atas.  Yang Berhormat juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan beberapa pelajar sekolah berkenaan.

 

Seterusnya, rombongan Menteri Pendidikan mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Katok 'B', Kluster 1.

 

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Katok 'B', Kluster 1, Awang Haji Muhammad Nikman bin Haji Muhammad Isa dan Ketua Kluster 1, Dayang Hamidah binti Haji Daud.

 

Menteri Pendidikan dan rombongan dibawa melawat prasarana dan pembelajaran yang sedang berjalan di sekolah berkenaan.   

 

Pada tahun ini, keramaian pelajar di Sekolah Rendah Katok 'B', Kluster 1 ialah seramai 468 orang dan 36 tenaga pengajar.

 

Di Sekolah Rendah Katok 'B', Kluster 3,  Menteri Pendidikan melahirkan rasa kagum dengan persediaan dan perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah kerana ia merupakan salah satu usaha yang boleh menghasilkan keputusan peperiksaan yang lebih baik.

 

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Pendidikan Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Musa Gives Good Report On Ismail To Najib

 2018-02-17 08:53:33

Lunar New Year: Chinese TV Gala Includes 'Racist Blackface' Sketch

 2018-02-17 09:00:59

What Shaped the Stock Market's $3 Trillion Trauma

 2018-02-17 09:43:59