FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jumlah ketibaan pelancong 2017 meningkat


 


 January 3rd, 2018  |  09:37 AM  |   1357 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tahun 2017 menjadi tahun yang menakjubkan bagi sektor pelancongan Negara Brunei Darussalam, yang mana mengikut data Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), pada penghujung 2017, jumlah kedatangan pelancong ke negara ini meningkat sebanyak 10 peratus berbanding dengan peningkatan 0.3 peratus pada 2016.

 

 

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Malam Penghargaan sempena Festival Disember Brunei 2017 pada 31 Disember lalu.

 

 

 

Statistik yang diperolehi dari Jabatan Kemajuan Pelancongan merekodkan, Negara Brunei Darussalam mencatatkan seramai 154,980 jumlah ketibaan pelancong antarabangsa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dari Januari hingga Julai 2017 di mana bulan Januari merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 25,625 diikuti seramai 23,934 pada bulan April dan 22,670 pada Mei tahun yang sama.

 

 

 

Sementara itu, Malaysia merupakan negara teratas yang merekodkan jumlah ketibaan pelancong yang tertinggi ke negara ini dari Januari hingga Julai 2017 iaitu seramai 35,364 pelancong, diikuti  Republik Rakyat China yang mencatatkan 27,857, Republik Indonesia seramai 14,858, Republik Filipina  seramai 14,731 dan Republik Singapura seramai 8,519 pelancong.

 

 

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan, KSSUP akan terus berusaha meningkatkan ke arah mencapai misinya iaitu untuk meningkatkan pertumbuhan jumlah pelancong dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tarikan dan kepelbagaian produk pelancongan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan di negara ini.

 

 

 

Antara objektif strategik jabatan tersebut termasuklah untuk melipatgandakan jumlah ketibaan pelancong iaitu dari 218,000 pelancong pada 2015 kepada 451,000 pelancong menjelang tahun 2020 dan meningkatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan di negara ini boleh menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, ejen pelancongan, pemandu pelancong, syarikat penerbangan, pengendali pengangkutan dan penginapan serta peraturan perundangan, piawaian, garis panduan, pelaksanaan program latihan dan lain-lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53