Home > Bahasa Melayu
MRSB sambut kedatangan 2018 dengan Zikrullah
January 3rd, 2018 | 09:35 AM | 1078 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Laungan Zikrullah berkumandang di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar sebaik sahaja selesai mengerjakan Sembahyang Subuh Berjemaah pada 1 Januari 2018 bersempena melahirkan rasa syukur dengan kedatangan awal tahun baharu 2018, di samping menyokong hasrat dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.
Hadir ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung MRSB, Kampung Sungai Akar.
Lebih kurang 80 orang terdiri daripada Jawatankuasa Takmir MRSB, para jemaah dan penduduk kampung menghadiri acara tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]