FacebookInstagramTwitterContact

 

Scholarship Scheme for Air Traffic Officer Award Ceremony           >>           Briefing on New Public Rulings'           >>           Morocco, Sudan Through To Quarter Finals Of African Nations Championship           >>           Myanmar Police File Charges Against Parliament Member, Writer For Instigative Talks About Rakhine Incident           >>           Japan Launches Epsilon-3 Rocket With Private-Sector Payload           >>           African Nations Championship Introduces Virtual Referee Technology           >>           Manzhouli Sees Over 1,300 Trains Between China, Europe In 2017           >>           President Mulls EO Creating Bangsamoro Autonomous Region           >>           Pa-O Group Picks New Chairman, Promises Continuity           >>           Surakarta's 100-Year-Old Palace Wall Collapses           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:02AM

Subuh

: 05:12AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:58AM

Zohor

: 12:32PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:40PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasukan PDB kini berusia 97 tahun


 


 January 3rd, 2018  |  09:33 AM  |   264 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengadakan Majlis Bacaan Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-97 Tahun 2018 yang diadakan di Surau Polis Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini.

 

 

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

 

 

Majlis didahului dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar warga pasukan PDB akan sentiasa dikurniakan kesihatan dalam melaksanakan tugas mencegah dan membanteras jenayah, juga dihindari dari kecelakaan dan kesukaran dalam menjalankan tugas.

 

 

 

Seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang diketuai oleh Imam Surau Polis Gadong, Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metali disusuli kemudian dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Asar berjemaah.

 

 

 

Acara tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan warga pasukan serta ahli pengawasan kejiranan, menghargai khidmat mereka, di samping memberi galakan dan suntikan semangat kepada warga pasukan yang masih berkhidmat yang mana tugas kepolisan adalah satu tugas yang mulia dalam usaha mengekalkan keamanan di Negara Brunei Darussalam.

 

 

 

Juga hadir, Pengerusi Badan Ugama Islam Pasukan PDB Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Mohammad Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Othman, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan anggota PDB serta kakitangan yang bertugas dengan pasukan, warga pasukan polis yang telah bersara, penghulu-penghulu dan ketua kampung, Pengawasan Kejiranan dan kadet-kadet polis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sarawakian On Drug Trafficking Charge To Enter Defence

 2018-01-18 08:47:18

Koreas To March Under Single 'United' Flag In Olympic Games

 2018-01-18 08:59:18

Pimco Says Lack Of Fear In Markets Means You Should Be Worried

 2018-01-18 09:40:48