FacebookInstagramTwitterContact

 

Post Office Boss Nick Read Obsessed With Pay Says Ex-HR Chief           >>           Searching For Missing Loved Ones In Gaza’s Mass Graves           >>           Greece: Orange Sahara Dust Haze Descends Over Athens           >>           War In Ukraine: US To Send New Aid Right Away, Biden Says           >>           Kenya: Floods Cause Widespread Devastation In Nairobi           >>           Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Istiadat menaikkan bendera sempena 85 Tahun Pergerakan Pengakap


 


 January 3rd, 2018  |  09:29 AM  |   1592 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Tahun Pergerakan Pengakap di Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 1 Januari, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) mengadakan istiadat menaikan bendera kebangsaan, bendera persekutuan dan bendera khas 85 tahun.

 

 

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas. Majlis berlangsung di tempat letak kereta PPNBD.

 

 

 

Terdahulu tetamu kehormat majlis menyerahkan bendera kebangsaan, bendera persekutuan dan bendera khas 85 tahun kepada ahli pengakap yang bertugas untuk dinaikkan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'. Bendera khas sempena Sambutan Ke-85 Tahun diserahkan kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah bagi dikibarkan di Persatuan Pengakap Daerah masing-masing.

 

 

 

Turut hadir ialah Naib-naib Yang Dipertua PPNBD, Pengiran Abd. Wahab bin Pengiran Haji Hassan dan Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba; Bendahari Agung PPNBD, Pengiran Alit bin Pengiran Haji Damit; Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Ismail bin Pehin Orang Kaya Ratna Setia Dato Setia Haji Awang Abdul Hapidz; Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; Setiausaha Agung PPNBD, Haji Zainuddin bin Haji Jaafar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap, Penolong-penolong Pesuruhjaya,Pemimpin-pemimpin Pengakap dan Ahli-ahli Pengakap.

 

 

 

Antara tujuan istiadat tersebut diadakan adalah untuk menyemarakkan serta memeriahkan lagi Sambutan 85 Tahun Pergerakan Pengakap di NBD. Di samping itu, bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan Ahli-ahli Pengakap. Istiadat ini merupakan acara pembuka bagi tahun 2018 dan pelbagai atur cara serta program diatur sepanjang tahun ini bagi menjayakan Sambutan Ke-85 Tahun Pergerakan Pengakap di NBD.

 

 

 

PPNBD merupakan salah satu persatuan belia yang tertua di negara ini. Pergerakan Pengakap di negara ini mula ditubuhkan pada Januari 1933 di Sekolah Pekan Melayu Brunei oleh Allahyarham Dato Paduka Haji Marsal bin Maun.

 

 

 

Semenjak dari itu, pergerakannya tersebar di keempat-empat daerah dengan pelbagai perkembangan dan perubahan dialami oleh PPNBD sehinggalah menjadi ahli penuh ke-117 Pergerakan Pengakap Sedunia (World Organization of Scout Movement - WOSM) pada 1 Julai 1981.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Post Office Boss Nick Read Obsessed With Pay Says Ex-HR Chief

 2024-04-25 00:52:01