FacebookInstagramTwitterContact

 

Chinese Booster Rocket Nearly Smashes Into A Small Town           >>           Quika Promises Free Satellite Internet For Developing Countries           >>           Army Base Pulls Chinese Security Cameras Over 'Negative Perception'           >>           GAC's En Verge Concept Packs A Digital Dash And AR For Passengers           >>           Astragalus Found To Protect Against Drug-Induced Liver Injury: Study           >>           The U.K. Has Banned Microbeads From Beauty Products, Protections The Oceans And Environment           >>           Get That Blood Flowing: Doctor Offers Tips For Improving Circulation To Help You Get Warm This Winter           >>           Princess Charlotte Helps Look After Big Brother Prince George           >>           Man Trying To Hold In A Sneeze Ruptured The Back Of His Throat           >>           Boy who cried ‘wolf’ – there was no kidnap attempt, cops say           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01AM

Subuh

: 05:11AM

Syuruk

: 06:33AM

Doha

: 06:57AM

Zohor

: 12:31PM

Asar

: 03:52PM

Maghrib

: 06:25PM

Isyak

: 07:39PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pensijilan Halal tingkat keyakinan orang ramai


SEBAGAI seorang pengajar matapelajaran Food and Nutrition, Awang Zulhezan bin Haji Abdullah mementingkan bahan-bahan yang halal untuk membuat jenis-jenis makanan.

 


 January 2nd, 2018  |  10:26 AM  |   290 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 telah memperuntukkan pindaan signifikan yang mengubah senario pensijilan halal di Negara Brunei Darussalam yang mana kategori permohonan menjadi wajib bagi premis penyediaan makanan, dan juga bagi kilang pemprosesan makanan atau minuman dan perusahaan produk makanan yang diedarkan.

 

Walau bagaimanapun pengecualian adalah diberikan kepada dua jenis perniagaan tertentu iaitu pertama, Restoran Terhad (yang menyajikan makanan tidak halal) dan kedua, peniaga-peniaga makanan yang tidak memenuhi kehendak dan garis pandu Perintah Sijil Halal dan Label Halal (PSHLH), 2005, iaitu vendor makanan; gerai tetap dan gerai jangka pendek.

 

Justeru semasa membuat tinjauan mengenai Pensijilan Halal ini, Dayang Hajah Roudhahtulqiyah binti Haji Isa dari Daerah Tutong berpendapat ia adalah baik untuk kepentingan semua, kerana dengan adanya persijilan tersebut akan meningkatkan keyakinan orang ramai akan kehalalan sumber makanan dan minuman yang disediakan.

 

Selain daripada itu, ia juga akan mendorong para peniaga untuk memastikan sumber bahan mentah mereka dari sumber yang diyakini halal, bersih dan mengikut syariat Islam, tambahnya lagi.

 

Perkara tersebut juga diperakui oleh Pegawai Pendidikan mata pelajaran Food and Nutrition, Awang Zulhezan bin Haji Abdullah yang menjelaskan, ia sangat penting dari segi keselamatan makanan, dalam erti kata rasa yakin akan jaminan halalan tayyiban memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam.

 

Beliau juga berpendapat sudah saatnya kita melaksanakan PSHLH bagi menyokong imej Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

 

Dalam pada itu, pensijilan halal dapat meningkatkan imej negara sebagai hab makanan halal, di samping dapat menjana pendapatan negara dengan mempromosikan produk-produk hasil perusahaan kecil dan sederhana yang diyakini kehalalannya, malahan dapat dikembangkan ke negara-negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal bagi meningkatkan lagi pasaran eksport antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sabah To Get RM927.64 Mln Devt Allocation From Ministry

 2018-01-16 09:08:28

Huge Oil Spill Left After Burning Tanker Sinks Off China

 2018-01-16 09:12:29

Singapore’s Central Bank Updates Corporate Code To Boost Investor Confidence

 2018-01-16 09:33:09