FacebookInstagramTwitterContact

 

Scholarship Scheme for Air Traffic Officer Award Ceremony           >>           Briefing on New Public Rulings'           >>           Morocco, Sudan Through To Quarter Finals Of African Nations Championship           >>           Myanmar Police File Charges Against Parliament Member, Writer For Instigative Talks About Rakhine Incident           >>           Japan Launches Epsilon-3 Rocket With Private-Sector Payload           >>           African Nations Championship Introduces Virtual Referee Technology           >>           Manzhouli Sees Over 1,300 Trains Between China, Europe In 2017           >>           President Mulls EO Creating Bangsamoro Autonomous Region           >>           Pa-O Group Picks New Chairman, Promises Continuity           >>           Surakarta's 100-Year-Old Palace Wall Collapses           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:02AM

Subuh

: 05:12AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:58AM

Zohor

: 12:32PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:40PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pindaan Akta dan Peraturan Pencen dan Elaun Kurang Upaya bantu ringankan beban


DAYANG Maimunah binti Mahmud semasa ditemu bual.

 


 January 2nd, 2018  |  10:18 AM  |   415 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pindaan Akta dan Peraturan Pencen dan Elaun Kurang Upaya yang berkuatkuasa 1 Januari 2018 jelas membuktikan kesejahteraan Orang-orang Kelainan Upaya (OKU) terus mendapat perhatian dan pemedulian dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam Titah Perutusan sempena Tahun Baharu Masihi 2018, baginda mengumumkan bahawa melalui pindaan itu, elaun kurang upaya juga akan dapat dihulurkan kepada mereka yang berumur di bawah 15 tahun yang layak pada kadar tertentu.

 

Sehubungan itu, Pelita Brunei telah menemu bual Awang Haji Noor Ishanuddin bin Haji Noor Kaseh yang berasa berbesar hati dengan titah baginda yang mana pindaan tersebut adalah satu perubahan ke arah yang positif bagi para ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya kerana dapat membantu meringankan lagi beban mereka terutama ibu bapa yang kurang berkemampuan.

 

Bagi mereka yang kurang upaya jelasnya, perkara ini adalah satu nikmat yang tidak terhingga kerana diberikan kemudahan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi memudahkan lagi menjalani kehidupan seharian sebagai orang yang tergolong dalam lingkungan kurang upaya.

 

"Walaupun kurang upaya, ada baiknya golongan OKU ini berusaha untuk memajukan diri mengikut kemampuan diri seperti mencari pekerjaan bagi menampung hidup dan terus menerima elaun OKU sehingga ke akhir hayat," ujarnya lagi.

 

Menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengenai bidang sosio-ekonomi, baginda bertitah kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu perusahaan-perusahaan mikro, kecil dan sederhana, untuk melangkah lebih jauh, sehingga ke pasaran antarabangsa termasuk penubuhan Bank Usahawan yang akan memulakan operasinya pada awal tahun 2018.

 

Awang Azmie bin Awang Timbang berpendapat ia adalah satu idea yang baik bagi memajukan lagi ekonomi di negara ini khusus bagi mereka yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan walaupun ia hanya perusahaan kecil dan sederhana.

 

Menurutnya, Bank Usahawan yang bakal beroperasi itu nanti diharap dapat membantu para usahawan di negara ini untuk mengembangluaskan sayap mereka lagi, bukan sahaja di dalam negeri tapi juga di persada dunia.

 

Sementara bagi Dayang Maimunah binti Mahmud, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengenai kita semakin hampir kepada tempoh sasaran bagi Wawasan 2035, yang perlu memainkan peranan adalah para belia memandangkan belia adalah aset negara yang boleh menjadikan 'Brunei Maju'.

 

"Para belia kalau boleh libatkanlah diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turut disokong oleh pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, swasta dan masyarakat," katanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sarawakian On Drug Trafficking Charge To Enter Defence

 2018-01-18 08:47:18

Koreas To March Under Single 'United' Flag In Olympic Games

 2018-01-18 08:59:18

Pimco Says Lack Of Fear In Markets Means You Should Be Worried

 2018-01-18 09:40:48