FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lahirkan Belia Berpotensi Menjadi Pemimpin Negara


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menyampaikan sijil kepada para peserta PERINTIS 2017.

 


 December 17th, 2017  |  09:48 AM  |   535 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perkhemahan Belia Remaja Intisyar Tamadun Islam (PERINTIS) bermatlamat untuk melahirkan para belia yang berpotensi untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang dan juga menjadi contoh kepada belia yang lain tentang kepentingan memajukan negara.

 

Perkhemahan yang diadakan selama lima hari empat malam di Perkampungan Sukan, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah melabuh tirainya dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta.

 

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Terdahulu, dalam ucapan Pengurus Projek Al-Huffaz Management, Awang Hamiz ‘Abdulhadi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Majlis menjelaskan, perkhemahan tersebut diadakan buat pertama kalinya pada tahun ini bersempena memperingati Sambutan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Antara tujuan program itu tambahnya, ialah untuk membantu belia remaja berumur 16 hingga 21 tahun yang komited untuk mempelajari ilmu ukhrawi dan mengenali potensi diri dengan cepat dalam beberapa hari sahaja.

 

Menurutnya, PERINTIS kali ini merangkumi pelbagai aktiviti keugamaan, kerohanian dan kepimpinan di mana para peserta telah diajar dan dilatih dalam pelbagai aspek pembinaan jati diri.

 

Selain itu, tambah beliau, perkhemahan tersebut juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta serta bertukar-tukar pandangan, kebudayaan dan idea-idea baharu, menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa dan rohani termasuk menggalakkan komitmen peserta dalam membantu masyarakat dan bangsa melalui pelbagai aktiviti kesukarelawanan dan kenegaraan yang dianjurkan di dalam mahupun di luar negara.

 

Seramai 37 orang  menyertai perkhemahan tersebut, iaitu 14 lelaki dan 23 perempuan terdiri daripada pelbagai institusi-institusi pengajian tinggi, pusat tingkatan enam dan sekolah-sekolah menengah.

 

Perkhemahan tersebut dianjurkan oleh Al-Huffaz Leaders yang merupakan Pergerakan Pemimpin-Pemimpin Belia di bawah Al-Huffaz Management.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19