FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pindaan Signifikan Ubah Senario Pensijilan Halal


ANTARA yang hadir di sidang media tersebut.

 


 December 17th, 2017  |  09:45 AM  |   869 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 telah memperuntukkan pindaan signifikan yang mengubah senario pensijilan halal di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof, jika sebelum ini permohonan adalah berbentuk sukarela (voluntary), pindaan-pindaan terkini telah menjadikan sebahagian besar kategori permohonan menjadi wajib (mandatory) seperti  pertama, premis penyediaan makanan seperti restoran, gerai makan dan ‘food court’ dan kedua, kilang pemprosesan makanan atau minuman dan perusahaan produk makanan yang diedarkan.

 

Perkara itu dijelaskan oleh Dato Seri Setia pada Sidang Media mengenai Prosedur Permohonan SIjil Halal dan Permit Halal Bagi Pengusaha-Pengusaha Yang Tidak Memenuhi Kehendak-Kehendak dan Garis Pandu-Garis Pandu Pensijilan Halal dan Perubahan Kadar Bayaran Permit Halal Baharu di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 yang berlangsung di Bilik Mawar, KHEU, di sini.

 

“Dengan pelaksanaan pindaan yang terbaharu, kita menyedari banyak pihak yang tidak dapat memenuhi kehendak dan garis pandu pensijilan halal yang begitu komprehensif (halalan tayyiban),” ujarnya.

 

Bagi menangani keadaan itu, katanya lagi, Bab 49B di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 ada memperuntukan pengecualian yang berbunyi seperti ‘Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, majlis boleh secara bertulis mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan perintah ini tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dikenakan olehnya.’

 

“Selaras dengan itu, kebenaran adalah diperoleh bagi memberikan pengecualian kepada dua jenis kategori perniagaan tertentu, iaitu  pertama, Restoran Terhad (yang menyediakan makanan yang tidak halal khusus kepada orang yang bukan berugama Islam) dan kedua, peniaga-peniaga makanan yang tidak memenuhi kehendak dan garis pandu Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005, iaitu vendor makanan;  gerai tetap dan gerai jangka pendek,” ujarnya lagi.

 

Mengenai restoran terhad, jelas Dato Seri Setia, mereka adalah dikehendaki untuk membuat permohonan pengecualian kepada Bahagian Kawalan Makanan Halal untuk proses selanjutnya.

 

Manakala pengusaha-pengusaha makanan bagi peniaga-peniaga makanan yang tidak memenuhi kehendak dan garis pandu Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 tersebut hendaklah membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal atau Permit Halal terlebih dahulu sebelum diberikan pengecualian.

 

Menurut Dato Seri Setia, prosedur pengecualian adalah bertujuan untuk membolehkan peniaga-peniaga yang tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak dan garis pandu-garis pandu yang diberikan oleh pensijilan halal untuk beroperasi dan menjalankan perniagaan mereka, walaupun mereka tidak layak untuk diberikan Sijil Halal dan Permit Halal.

 

Walau bagaimanapun, tambahnya lagi, isu-isu kehalalan masih diambil kira di mana pihak Bahagian Kawalan Makanan Halal akan memastikan peniaga-peniaga berkenaan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak dari sudut kehalalan bagi bahan-bahan ramuan makanan dan minuman yang akan dijual atau diedarkan.

 

“Tempoh pengecualian ini adalah satu tahun sahaja dan peniaga-peniaga ini dikehendaki untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Sijil Halal atau Permit Halal sebelum tempoh pengecualian tamat,” katanya.

 

Sementara itu, Sidang Media juga menyentuh mengenai kadar bayaran permit di mana kebenaran telah pun diperoleh bagi kadar bayaran yang baharu.

 

Menurut Dato Seri Setia, bayaran-bayaran berkenaan adalah mengikut klasifikasi-klasifikasi seperti Industri Mikro; Industri Kecil; Industri Sederhana; Industri Makro dan Multinasional di mana klasifikasi-klasifikasi itu adalah berpandukan sukat-sukat yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Kemajuan dan Ekonomi (JPKE).

 

Bagi Industri Mikro dikenakan bayaran sebanyak BND5 bagi setiap produk; Industri Kecil dikenakan bayaran BND150 bagi setiap 20 produk; Industri Sederhana dikenakan bayaran BND300 bagi setiap 20 produk; Industri Makro dikenakan bayaran BND700 bagi setiap 20 produk dan Multinasional dikenakan bayaran BND1,000 bagi setiap 20 produk.

 

“Dengan adanya pembaharuan kadar bayaran tersebut, setiap Permit Halal akan disertakan tempoh tarikh luput, iaitu selama tiga tahun. Walau bagaimanapun, tarikh bermula penguatkuasaan kadar yang baharu ini akan dimaklumkan kemudian setelah proses-proses tertentu disempurnakan,” jelasnya lagi.

 

Sementara itu, KHEU melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah akan mengadakan Jerayawara Pembarigaan Kadar Pembayaran Permit Halal Baharu Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 bagi memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali para pengusaha makanan mengenai prosedur permohonan Sijil Halal dan Permit Halal bagi pengusaha-pengusaha yang tidak memenuhi kehendak-kehendak dan garis pandu-garis pandu pensijilan halal dan perubahan kadar bayaran Permit Halal di bawah undang-undang perintah tersebut.

 

Untuk kemudahan orang ramai, jerayawara pembarigaan akan diadakan di kesemua daerah. Bagi Daerah Brunei dan Muara, pembarigaan akan diadakan pada 18 Disember ini pada jam 9.30 pagi dan 2.00 petang di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, KHEU.

 

Tarikh dan tempat acara pembarigaan bagi daerah-daerah lain akan diumumkan kemudian dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke pembarigaan tersebut terutama pengusaha-pengusaha makanan bagi mengetahui dengan lebih lanjut dan memahami Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005.

 

Juga hadir pada Sidang Media tersebut, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang dan Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, KHEU, Awang Haji Saharudin bin Haji Patra.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16