Home > Bahasa Melayu
MS ABDB benam Wijaya FC 5 – 0
December 16th, 2017 | 09:09 AM | 1296 views
BERAKAS
Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) mengalahkan Wijaya FC 5 - 0 pada perlawanan Liga Super Brunei DST 2017 di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
MS ABDB mengutip dua gol dalam babak pertama perlawanan menerusi jaringan pemain Awang Md. Fadhli bin Haji Awang Salleh pada minit ke-15 dan Awang Azizi bin Ali Rahman minit ke-44.
Beraksi pada babak kedua, Awang Azizi sekali lagi menyumbangkan gol bagi MS ABDB pada minit ke-70 diikuti dengan jaringan daripada Awang Razimie bin Ramlli pada minit ke-72.
Pada minit ke-90, Awang Md. Fadhli bin Haji Awang Salleh menjaringkan gol ke gawang lawan, sekali gus berjaya meraih gol kelima buat MS ABDB.
MS ABDB mengekalkan kedudukannya sehingga tamat perlawanan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]