Home > Bahasa Melayu
Rasulullah seorang pemimpin unggul
December 15th, 2017 | 09:12 AM | 429 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam peringkat universiti tahun 1439 Hijrah dan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Senarai Dekan Tahun 2017 yang berlangsung di Surau Al-Shafi'i UNISSA, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Ugama iready, Awang Muhammad Ali Taufiq bin Haji Abd. Rahman dan diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban.
Majlis diserikan dengan Ceramah Maulud Khas 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil' disampaikan oleh Pengarah Pusat Halalan Tayyiban UNISSA, Profesor Madya Dr. Nurdeng Deuraseh.
Ceramah antaranya menyentuh mengenai sifat-sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang menunjukkan qudwah hasanah yang adil sepanjang kehidupan Baginda selaku seorang pemimpin yang unggul.
Keperibadian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh tauladan yang terbaik yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Senarai Dekan Tahun Akademik 2016 / 2017 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Seramai 95 mahasiswa dan mahasiswi daripada fakulti masing-masing telah menerima anugerah tersebut setelah memperolehi keputusan yang cemerlang.
Juga hadir, Pemangku Timbalan Rektor, Dr. Awang Arman bin Haji Asmad; Pegawai-pegawai Utama UNISSA, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA, para pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Muhammad Khairul Muhtadee bin Hamzah, mahasiswa Fakulti Tahun 2 Usuluddin (Tahfiz dan Qiraat).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]