FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Masjid Pehin Khatib Abdullah terima wakaf kereta jenazah


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyerahkan replika kunci kenderaan jenazah kepada imam masjid tersebut.

 


 December 13th, 2017  |  08:58 AM  |   1451 views

KULAPIS

 

Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis kini telah memiliki dua buah kereta jenazah yang baharu bagi kemudahan mereka yang memerlukan.

 

Wakaf kereta-kereta jenazah tersebut masing-masing disumbangkan daripada keluarga hamba Allah, manakala sebuah lagi daripada keluarga Allahyarham Haji Mohiddin bin Haji Momin.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Zainal bin Haji Othman dan Imam masjid berkenaan, Awang Haji Mohammad Burhanuddin bin Haji Damit.

 

Terdahulu, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Awang Haji Mohammad Burhanuddin dan kemudiannya Awang Haji Zainal seterusnya mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

 

Majlis diikuti dengan Dikir Syarafil Anam bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tahun ini daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta para jemaah dari penduduk kampung sekitarnya.

 

Turut hadir, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dan Pemangku Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha.

 

Wakaf merupakan salah satu daripada amalan sedekah yang sangat-sangat dituntut oleh Islam.

 

Sepertimana juga amalan sedekah yang lain, amalan ini telah dijanjikan dengan ganjaran yang amat besar oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada pewakafnya.

 

Malah, apa yang lebih istimewa lagi adalah pahalanya akan kekal berpanjangan selagi harta yang diwakafkan masih wujud dan boleh dimanfaatkan walaupun pewakafnya meninggal dunia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16