FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Qatar terus kukuhkan hubungan


ACARA kemuncak memotong kek oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef serta Duta-Duta dari negara Gulf Cooperation Council (GCC). MEWAKILI Kerajaan Kebawah DYMM ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 


 December 13th, 2017  |  08:56 AM  |   1545 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Resepsi Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar 2017 berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini.

 

Majlis tersebut dihoskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef.

 

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Resepsi makan malam tersebut dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' disusuli dengan Lagu Kebangsaan Qatar, kemudian diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Majlis turut diserikan dengan upacara memotong kek oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar serta Duta-Duta dari negara Gulf Cooperation Council (GCC).

 

Majlis juga dimeriahkan dengan tayangan klip video mengenai negara Qatar.

 

Hubungan diplomatik kedua-dua buah negara terjalin sejak tahun 2008 dan terus berkembang melalui bidang perdagangan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan sukan.

 

Kedua buah negara juga merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Negara-Negara Islam, Pergerakan Negara Berkecuali dan G77.

 

Sambutan Ulang Tahun Kebangsaan Negara Qatar diraikan setiap 18 Disember setelah mencapai kemerdekaan pada 3 September 1971.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10