Home > Bahasa Melayu
Pengeluaran jangka pendek Sekuriti Sukuk Al-Ijarah Ke-152
December 12th, 2017 | 09:35 AM | 602 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), iaitu ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir pengeluaran Sukuk Al-Ijarah, dengan sukacitanya mengumumkan harga terbesar bagi pengeluaran jangka pendek sekuriti Sukuk Al-Ijarah Ke-152.
Menurut Siaran Akhbar AMBD, jumlah pengeluaran sukuk itu ialah sebanyak BND100 juta dengan butiran-butiran berikut, iaitu tarikh pengeluaran 7 Disember 2017, tarikh kematangan 8 Mac 2018, Tenor 91 hari dan kadar sewa 0.8125 peratus.
Dengan pengeluaran itu, Kerajaan Negara Brunei Darussalam setakat ini telah mengeluarkan lebih BND11,46 bilion nilai jangka pendek sekuriti Sukuk Al-Ijarah sejak penawaran sulung pada 6 April 2006 dan jumlah pemegangan Sukuk Kerajaan Brunei tertunggak sehingga 7 Disember 2017 berjumlah BND432.4 juta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]