FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perlumbaan Bot Laju tarikan Pesta Santai Kampung Penabai


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong menyampaikan hadiah kepada juara Bot laju, Kassim bin Jaffar yang menggunakan bot Ferrari 78. PELANCARAN majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. TETAMU kehormat, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelacongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong menyaksikan pameran.BERGAMBAR ramai bersama pemenang. TETAMU kehormat, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelacongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong bergambar ramai bersama juara Bot Laju.

 


 December 11th, 2017  |  10:09 AM  |   1389 views

TUTONG

 

Acara Perlumbaan Bot Laju anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penabai Kuala Tutong diadakan di Kawasan Sungai Kampung Penabai Kuala Tutong, hari ini.

 

Pelancaran majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 

Pada majlis itu, Yang Berhormat juga menyempurnakan pelepasan Perlumbaan Bot Laju 50 Kuasa Kuda (kk) 8 Pusingan.

 

Perlumbaan Bot Laju itu bersempena dengan Festival Disember Brunei 2017 dengan disokong oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

 

Perlumbaan tersebut antara acara di bawah Pesta Santai Kampung Penabai Kuala Tutong yang kali kedua diadakan yang diharap akan dapat menarik para pengunjung dan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara sekali gus dapat meningkatkan perekonomian penduduk-penduduk kampung.

 

Selain daripada Perlumbaan Bot Laju, ahli jawatankuasa juga telah menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan seperti perkhidmatan 'Boat Cruise' dan beberapa permainan sampingan antaranya peraduan memancing.

 

Perlumbaan Bot Laju  mempertandingkan lima kategori, iaitu 50kk 8 Pusingan; 15kk 5 Pusingan; 30kk Kebawah 6 Pusingan; 60kk 8 Pusingan; dan 18kk 5 Pusingan.

 

Majlis diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang  Perlumbaan 50kk 8 Pusingan yang diraih oleh Pemandu Bot Laju Ferrari 78, Awang Kassim bin Jaffar.

 

Juga hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap KSSUP, Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan) KSSUP, Pengarah Kemajuan Pelancongan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan kerajaan, jemputan-jemputan khas, ahli-ahli MPK, dan penduduk-penduduk Kampung Penabai Kuala Tutong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12