FacebookInstagramTwitterContact

 

Sun Unleashes Massive X8.7 Solar Flare, Biggest Of Current Cycle, From Super-Active Monster Sunspot (Video)           >>           Animal Well Speedrunners Are Already Beating The Game In Under Five Minutes           >>           Gemini will be accessible in the side panel on Google apps like Gmail and Docs           >>           Biden administration quadruples import tariff for Chinese EVs           >>           Manchester City Down Spurs On Haaland Double, Title In Reach           >>           Wrexham Women To Play Friendlies On U.S. West Coast In July           >>           Man United Defender Martínez Set For Injury Return - Ten Hag           >>           Chelsea's Bright Returns To England Squad For Euro Qualifiers           >>           Barcelona Considering Simons And Guido Signings – Sources           >>           Temporary Half Lane Closure           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


RPN Lugu - Meragang bakal gunakan jalur lebar


 


 December 11th, 2017  |  09:49 AM  |   491 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Telekom Brunei Berhad (TelBru) memaklumkan kepada penduduk Skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lugu dan Kampung Meragang kini boleh mendaftar untuk perkhidmatan jalur lebar dengan mana-mana cawangan TelBru dengan jangkaan pelancaran Fiber-to-the-Home (FTTH) di kedua-dua kawasan tertentu.

 

Oleh kerana jalur lebar serat optik berkelajuan tinggi di seluruh negara terus bertambah tahun 2018 akan dilaratkan ke seluruh negara.

 

Menurut Siaran Akhbar TelBru, permintaan dan pertumbuhan data adalah penting, yang mana ribuan rakyat akan dapat mengakses serta memanfaatkan sambungan yang cepat dan boleh dipercayai.

 

Pelaksanaan dijangka pada akhir bulan Disember ini bagi Kampung Meragang dan pada akhir bulan Mac 2016 bagi Kampung Lugu.

 

Ia akan menghubungkan 1,800 rumah di Kampung Meragang, bermula pada suku pertama tahun ini, diikuti pada suku kedua, dengan kerja penghantaran fiber optik untuk menghubungkan kawasan Kampung Lugu.

 

Penyambungan terakhir bagi 1,000 rumah di Lugu akan selesai menjelang akhir bulan Mac 2018.

 

Penduduk yang ingin melanggan perkhidmatan TelBru boleh memilih dari mana-mana rancangan jalur lebar TelBru untuk serendah BND25 sebulan, menawarkan rangkaian ultra cepat dengan kelajuan jalur lebar sehingga 300Mbp.

 

Sekitar 80 peratus pelanggan TelBru dapat menikmati data fiber optik berkelajuan tinggi, kedua-dua tersebut akan menjadi di antara penambahan terkini pada penghantaran data berkelajuan tinggi TelBru ke seluruh isi rumah dan perniagaan.

 

Justeru itu, TelBru komited untuk bekerjasama rapat dengan pengawal selia dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk merancang lebih baik keperluan ICT masa depan negara seperti yang digariskan pada Wawasan Brunei 2035.

 

Untuk merancang permintaan baharu dan semakin meningkat, terutama di kawasan kediaman, TelBru juga menugaskan kakitangan yang mahir untuk bekerja secara tetap dengan Pihak Berkuasa dalam Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), khususnya untuk menyegerakan perancangan telekomunikasi untuk perkembangan bandar dan sub-bandar pada masa depan, pembangunan perumahan baharu serta projek infrastruktur penting lain.

 

Pada masa sama, TelBru sebagai jenama tempatan yang dipercayai untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang sedia ada dan baharu dengan cara yang terbaik dan kerjasama ABCi dapat membantu semua pihak berkepentingan.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi syarikat TelBru menerusi laman media sosial syarikat TelBru atau Talian Khidmat Pelanggan 24 / 7 menerusi talian 111.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Jailed Thai Activist, 28, Dies After Hunger Strike

 2024-05-15 03:24:38

Upgraded Chatgpt Teaches Maths And Flirts - But Still Glitches

 2024-05-15 03:57:34