Home > Bahasa Melayu
Majlis Penyampaian Tanda Pangkat Penguasa Bomba dan Penyelamat
PEMANGKU Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said (6 dari kiri) bergambar ramai bersama pegawai- pegawai yang dinaikkan pangkat penguasa bomba. PENYAMPAIAN tanda pangkat kepada Penolong Penguasa Bomba, Awang Haji Nordin bin Haji Buntan dan Penolong Penguasa Bomba, Wan Julaini bin Wan Ibrahim disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin PengiranANTARA pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang hadir di majlis tersebut. DUA Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat dinaikkan pangkat ke Penguasa Bomba dan Penyelamat iaitu Awang Haji Nordin bin Haji Buntan dan Wan Julaini bin Wan Ibrahim.PEMANGKU Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said (6 dari kiri) bergambar ramai bersama pegawai- pegawai yang dinaikkan pangkat penguasa bomba.
December 8th, 2017 | 10:01 AM | 1869 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat dinaikkan pangkat ke Penguasa Bomba dan Penyelamat pada Majlis Penyampaian Tanda Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Landasan Terbang Lama, Berakas.
Penyampaian tanda pangkat kepada Penolong Penguasa Bomba, Awang Haji Nordin bin Haji Buntan dan Penolong Penguasa Bomba, Wan Julaini bin Wan Ibrahim disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat oleh Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad.
Juga hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Dayang Hajah Siti Mayang binti Haji Hussin; penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan JBP.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]