FacebookInstagramTwitterContact

 

Berangkat Ke Majlis Santap Malam           >>           Timbalan Sultan Berangkat Ke Kejohanan Renang Brunei           >>           Kuliah Subuh Kementerian Pertahanan           >>           Menteri Di JPM Terima Kunjungan Muhibah           >>           TDDB Terima Lima Bot Peronda           >>           Lapan Penolong Pegawai Balai Naik Pangkat           >>           Rondaan Bersama Cegah Jenayah Terus Dilaksana           >>           Alumni Penuntut SM SMJA Anjur Majlis Keagamaan           >>           Friday Sermon ​           >>           Gilap Bakat Sukan Pelajar IPT, Politeknik           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:34AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemimpin adil sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama


Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong semasa menyampaikan Ceramah Khas pada Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439 Hijrah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 


 December 8th, 2017  |  09:48 AM  |   268 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang pemimpin itu hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang adil apabila ia dapat melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sempurna.

 

Dua amanah utama yang wajib dipikul oleh seorang pemimpin ialah melaksanakan syariat Allah Subhanahu Wata'ala serta menggerakkan dan memimpin ke arah kehidupan yang diredai Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Demikian dijelaskan oleh Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong semasa menyampaikan Ceramah Khas pada Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439 Hijrah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Pemimpin yang adil jelasnya, hendaklah sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepadanya. Ini adalah kerana Al-Quran mengandungi peraturan Allah Subhanahu Wata'ala yang paling lengkap berbanding peraturan yang dicipta oleh makhluknya.

 

Terdahulu dalam ceramahnya, beliau turut menerangkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan contoh ikutan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan manusia.

 

"Dalam erti kata lain, tiada cara berkeluarga yang lebih bahagia, cara berdakwah yang lebih berkesan, cara bersosial yang lebih baik, cara berpolitik, berekonomi dan memimpin negara yang lebih hebat melainkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam," ujarnya.

 

Tambahnya, berdasarkan teladan gaya kepimpinan Rasulullah, terdapat kaitan yang kuat antara kepimpinan yang beramanah dengan keimanan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, menghayati sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan berakhlak mulia.

 

Beliau menjelaskan, penghayatan kepada prinsip-prinsip tersebut mampu mendekatkan pemimpin dengan orang yang dipimpinnya dan mengadakan hubungan yang harmoni di semua peringkat di mana gaya kepimpinan yang sebegini akan menyebabkan semua pihak menghormati dan menyanjungi pemimpin berkenaan.

 

"Sikap teladan yang ditunjukkan oleh Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam amat perlu diikuti oleh setiap pemimpin yang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka," ujar beliau.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


PH Sabah And Warisan’s Seats Allocation Deal In Final Stage

 2018-04-21 08:44:05

North Korea 'Halts Missile And Nuclear Tests', Says Kim Jong-Un

 2018-04-21 09:08:22

U.S. Grain Ships Change Direction Mid-Voyage After China Tariffs

 2018-04-21 11:42:14