Home > Bahasa Melayu
RINA2 terima anugerah di ACFF
Sebuah filem komedi terbitan bersama Negara Brunei Darussalam dan Laos berjodol RINA2 pada 4 Disember lalu menerima anugerah khas juri di Festival Filem ASEAN - China (ACFF) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, Kuala Lumpur.
December 8th, 2017 | 09:42 AM | 366 views
KUALA LUMPUR
Sebuah filem komedi terbitan bersama Negara Brunei Darussalam dan Laos berjodol RINA2 pada 4 Disember lalu menerima anugerah khas juri di Festival Filem ASEAN - China (ACFF) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, Kuala Lumpur.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, festival itu merupakan julung-julung kalinya diadakan di negara anggota ASEAN mulai 1 hingga 4 Disember lalu.
Ia bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosio - budaya serta mengukuhkan perhubungan di antara ASEAN dan Republik Rakyat China, bersempena 50 Tahun Penubuhan ASEAN pada tahun ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pusat ASEAN China, Yang Xiuping pada majlis pelancaran ACFF berkata, dengan mempunyai dua bilion penduduk, China dan ASEAN mampu mengukuhkan dan memajukan lagi pasaran filem pada masa akan datang.
Antara program yang disusun sempena festival tersebut ialah forum berkaitan pertukaran dan kerjasama perfileman ASEAN - China, tayangan filem di beberapa pawagam terpilih, lawatan budaya dan majlis penyampaian anugerah, di mana filem RINA2 menerima anugerah khas juri.
Dua buah filem Brunei ditayangkan pada festival tersebut, iaitu Filem Waris (2016) terbitan Bego Hazirul Studio Production dan RINA2 (2017) terbitan bersama Regalblue Production dan Lao Art Media Co.Ltd.
Rombongan negara diwakili oleh Ketua Jurulatih Kesenian, KKBS, Awang Shahminan bin Haji Mohamad Yasin selaku ketua rombongan, Pengarah Filem Waris, Awang Haji Mohd. Sapami bin Abdullah serta dua pelakon dari filem RINA2, iaitu Awang Syukri Mahari dan Awang Tauffek Ilyas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]