Home > Bahasa Melayu
Persatuan Pembela adakan Majlis Tahli
Persatuan Pembela mengadakan Majlis Tahlil dan Malam Selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd. Yusof Lorong Tiga Seria.
December 8th, 2017 | 09:36 AM | 987 views
SERIA
Persatuan Pembela mengadakan Majlis Tahlil dan Malam Selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd. Yusof Lorong Tiga Seria, di sini.
Ia juga diselajurkan bagi ahli-ahli persatuan yang telah kembali ke rahmatullah.
Hadir selaku tetamu kehormat, Ketua Unit Dakwah Cawangan Daerah Belait, Awang Haji Roslan bin Haji Ratu.
Majlis dimeriahkan lagi dengan Dendangan Qasidah daripada Kumpulan Dhiaulhaq dan Firqah dan diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada beberapa orang ahli persatuan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]