FacebookInstagramTwitterContact

 

Berangkat Ke Majlis Santap Malam           >>           Timbalan Sultan Berangkat Ke Kejohanan Renang Brunei           >>           Kuliah Subuh Kementerian Pertahanan           >>           Menteri Di JPM Terima Kunjungan Muhibah           >>           TDDB Terima Lima Bot Peronda           >>           Lapan Penolong Pegawai Balai Naik Pangkat           >>           Rondaan Bersama Cegah Jenayah Terus Dilaksana           >>           Alumni Penuntut SM SMJA Anjur Majlis Keagamaan           >>           Friday Sermon ​           >>           Gilap Bakat Sukan Pelajar IPT, Politeknik           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:34AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ikuti sunnah Rasulullah untuk menjaga kesihatan


PEGAWAI-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya yang sama-sama hadir di majlis tersebut.

 


 December 7th, 2017  |  11:43 AM  |   398 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi bertempat di Dewan Teater, bangunan kementerian berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Majlis diisikan dengan Dikir Maulud yang dibawakan oleh pasukan Dikir Kementerian Kewangan dan diserikan dengan Ceramah Khas 'Rasulullah Qudwah Sepanjang Zaman', yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

 

Dalam ceramahnya antara lain menyentuh mengenai sunnah-sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Beliau menjelaskan, sunnah-sunnah Rasulullah itu sebenarnya ada banyak yang antaranya diaplikasikan di negara-negara lain, apatah lagi di negara yang bukan Islam contohnya kebersihan serta kesihatan.

 

Ada dua sunnah Rasulullah yang disentuh dalam ceramahnya iaitu 'Makanlah setelah lapar dan berhentilah sebelum kenyang' dan 'Setiap penyakit itu bermula daripada perut'.

 

Juga disentuh dalam ceramah tersebut mengenai keadilan dalam diri sendiri terhadap pemakanan dan kesihatan yang berfokus kepada sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Majlis yang dianjurkan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP) ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kelolaan Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


PH Sabah And Warisan’s Seats Allocation Deal In Final Stage

 2018-04-21 08:44:05

North Korea 'Halts Missile And Nuclear Tests', Says Kim Jong-Un

 2018-04-21 09:08:22

U.S. Grain Ships Change Direction Mid-Voyage After China Tariffs

 2018-04-21 11:42:14