FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


SMS Tabung Dana Pembinaan Masjid bermula


 


 December 7th, 2017  |  11:36 AM  |   1250 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Orang ramai sekali lagi berpeluang untuk menyumbang ke Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam (NBD) iaitu melalui perkhidmatan SMS selama 45 hari bermula hari ini sehingga 19 Januari 2018.

 

Sumbangan seangkat-angkat hati boleh diberikan melalui perkhidmatan SMS dengan menaip MASJID diikuti 1 atau 5 atau 10 atau 20 tanpa jarak dan hantar ke talian 38111 bagi pengguna DST dan PCSB.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Perkhidmatan SMS Tabung Dana Pembinaan Masjid itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana Pembinaan Masjid NBD yang berlangsung di Dewan Multaqa, Lantai Bawah Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama, di sini.

 

Mengiringi tetamu kehormat bagi pelancaran perkhidmatan SMS Tabung Dana Pembinaan Masjid, NBD, daripada Syarikat DST, Penolong Pengurus Am Unit Sumber Tenaga Dst Communication, Dayang Ramlah binti Rabaha selaku wakil Ketua Pegawai Ekskutif DST Communication, manakala dari Progresif Cellular Sendirian Berhad pula ialah Ahli Lembaga Pengarah Progresif, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan.

 

Penubuhan Tabung Dana Pembinaan Masjid, NBD dihasratkan sebagai menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala melalui membina masjid, sekali gus sebagai satu peluang keemasan untuk bertanam saham di akhirat.

 

Pelancaran tersebut adalah bagi memberi peluang umat Islam di negara ini menginfaqkan (membelanjakan) harta yang dimilikinya dengan niat sebagai ibadah dan melipatgandakan amal kebajikan mereka semata-mata bagi meraih ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata'ala kepada orang-orang yang membina masjid.

 

Sehingga ke bulan Oktober 2017, secara keseluruhannya sebanyak BND7,061,220.19 telah berjaya dikutip bagi Tabung Dana Pembinaan Masjid, NBD.

 

Projek pertama yang sedang dijalankan menggunakan peruntukan kewangan Tabung Dana Pembinaan Masjid, NBD ialah pembinaan Masjid Kampung Tanjung Bunut, Daerah Brunei dan Muara, dengan kos pembinaan sebanyak BND3.5 juta.

 

Kemajuan yang dicapai adalah merupakan sambutan, komitmen dan sumbangan seangkat-angkat hati orang ramai dan penjawat awam terhadap Tabung Dana ini dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 

Terdahulu dari penyempurnaan Pelancaran Perkhidmatan SMS, telah dipersembahkan tayangan klip video 'Promo SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam' diikuti dengan acara penghantaran sumbangan melalui SMS beramai-ramai oleh para hadirin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12