FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Malaysia berikrar wujudkan peluang bagi rakyat kedua-dua negara


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyambut baik hubungan dua hala dan pertumbuhan yang ketara di antara kedua-dua buah negara dalam isu politik, ekonomi dan strategik berdasarkan nilai dan tradisi kedua-dua buah negara.

 


 November 24th, 2017  |  10:57 AM  |   810 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyambut baik hubungan dua hala dan pertumbuhan yang ketara di antara kedua-dua buah negara  dalam isu politik, ekonomi dan strategik berdasarkan nilai dan tradisi kedua-dua buah negara.

 

Perkara itu antara yang terkandung dalam Kenyataan Bersama yang dikeluarkan pada Rundingan Tahunan Ke-21 di antara Pemimpin-Pemimpin Negara Brunei Darussalam dan Malaysia yang berlangsung di Bandar Seri Begawan.

 

Kenyataan Bersama itu menjelaskan, kedua-dua pemimpin berikrar untuk memupuk hubungan ekonomi di antara Brunei dan Malaysia ke arah mewujudkan lagi peluang bagi rakyat kedua-dua buah negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga mengalu-alukan penyertaan Malaysia dalam Pelaburan Langsung Asing bagi bidang halal, teknologi inovatif dan industri kreatif, perkhidmatan perniagaan, pelancongan, minyak dan gas.

 

Kedua-dua pemimpin turut melahirkan keyakinan bahawa kerjasama tersebut akan memberi kebaikan bersama untuk rakyat kedua-dua buah negara dan  berasa gembira dengan kemajuan berterusan yang dibuat oleh PETRONAS dan Petroleum Brunei dalam Commercial Arrangement Areas (CAA) dalam Blocks CA1 dan CA2, Production Sharing Arrangement dalam Block N dan juga kerjasama mereka di Kanada dan Myanmar.

 

Usaha tersebut menandakan komitmen organisasi dua buah negara untuk memperluas lagi kerjasama pada masa hadapan dalam memastikan pengeluaran gas di negara ini.

 

Di dalam Kenyataan Bersama tersebut juga menyatakan kedua-dua pemimpin berpuas hati dengan pelancaran The ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) pada 24 Oktober tahun ini semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Clark, Filipina yang dapat memudahkan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN untuk terus memupuk kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN.

 

Kedua-dua pemimpin seterusnya berpuas hati dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong antara kedua-dua buah negara. Baginda juga menyatakan, Malaysia merupakan sumber pelancong terbesar di negara ini.

 

Kebawah DYMM turut menghargai sokongan Malaysia terhadap negara semasa menghoskan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Ke-13, Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Plus Three Ke-7 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN - China Ke-6 pada 6 dan 7 September 2017.

 

Selain itu, kedua-dua pemimpin menyambut baik hubungan dalam Perkhidmatan Awam yang mana Brunei menjadi  tuan rumah Program Pertukaran Pegawai Kanan Perkhdimatan Awam Brunei - Malaysia pada 12 hingga 14 Mei 2017.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia turut menyembahkan ucapan tahniah ke hadapan majlis Kebawah DYMM sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta pada 5 Oktober yang lalu.

 

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berpuas hati dengan kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara dan bersetuju untuk mengadakan lagi Rundingan Tahunan Ke-22 di antara Pemimpin-Pemimpin Malaysia dan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2018 di Malaysia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53