FacebookInstagramTwitterContact

Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>           FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>           Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding           >>           US Rate Setter Tells BBC 'No Hurry' To Cut Interest Rates           >>           Why A Deluge Of Chinese-Made Drugs Is Hard To Curb           >>           Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown           >>           Post Office Victim Calls For Lawyer To Be Removed From Horizon Redress Scheme           >>           Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>          

SHARE THIS ARTICLE

REACH US

GENERAL INQUIRY

[email protected]

ADVERTISING

[email protected]

PRESS RELEASE

[email protected]

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

Upcoming Events

Prayer Times

The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.

Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

The Business Directory

Bahasa Melayu

  Home > Bahasa Melayu

Perkhidmatan Awam nadi utama keutuhan sesebuah negara

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah semasa Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa.

 November 23rd, 2017  |  11:06 AM  |   1453 views

BANDAR SERI BEGAWAN

Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi utama dalam memimpin Perkhidmatan Awam sedang giat melaksanakan Rangka Kerja Perkhidmatan Awam, kerana Perkhidmatan Awam adalah nadi utama yang menentukan kemajuan dan keutuhan sesebuah negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa baginda sentiasa mengikuti situasi Perkhidmatan Awam dari sudut perkhidmatannya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-24 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

"Salah satu transformasi yang telah dikenalkan mulai 1 Oktober 2017 ialah Sistem Pengurusan Prestasi Baharu bagi semua warga Perkhidmatan Awam. Matlamat utamanya adalah jelas, iaitu untuk membolehkan penilaian hasil kerja setiap pegawai dan kakitangan adalah adil, telus dan objektif, serta mencerminkan sumbangan sebenar masing-masing.

Pada hemat beta, memang sesuai sistem penilaian memberikan tumpuan kepada Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) di samping Penilaian Kompetensi," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Dalam hal itu, baginda seterusnya bertitah menyeru setiap warga Perkhidmatan Awam untuk benar-benar mengambil serius dalam melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Baharu ini mengikut garis pandu yang telah ditetapkan.

Kebawah DYMM turut melahirkan kepercayaan, sistem baharu itu juga akan lebih menyumbang kepada produktiviti dan daya saing dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti serta menggalakkan inovasi sebagai budaya kerja.

Menyebut mengenai inovasi warga Perkhidmatan Awam, titah baginda, tidak boleh tidak, perlu menjana idea-idea baharu bagi memacu penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Di sinilah, tegas titah Kebawah DYMM, pemimpin-pemimpin Perkhidmatan Awam dari peringkat Setiausaha Tetap, ketua jabatan malahan peringkat ketua unit perlu memainkan peranan mereka dalam melakukan rebiu semula ke atas tatacara atau proses pemberian perkhidmatan.

"Beta percaya kejayaan akan lebih menyerlah lagi apabila berlaku penyertaan yang meluas dari seluruh lapisan Perkhidmatan Awam. Budaya inovasi ini juga boleh menjadi penggalak kepada pelaburan asing bagi kemanfaatan ekonomi.

Bercakap mengenai ekonomi, Alhamdulillah, usaha kerajaan ke arah penambahbaikan pada setakat ini, telah pun menampakkan tanda-tanda positif.

Baru-baru ini, Laporan Bank Dunia mengenai Ease of Doing Business bagi tahun 2018 telah menyatakan kedudukan negara sebagai terus meningkat kepada 56 anak tangga dari kedudukan 105, tiga tahun sebelum ini. Negara kita juga terus diiktiraf sebagai satu ekonomi yang paling meningkat atau 'most improved' dalam melaksanakan reformasi bagi tiga tahun berturut-turut. Lebih membanggakan lagi, satu petunjuk iaitu 'Getting Credit' telah meraih tangga kedua tertinggi di dunia," jelas titah baginda.

Pencapaian yang menggalakkan ini titah Kebawah DYMM, adalah bukti jelas keberkesanan kepimpinan dan pendekatan 'whole of nation'.

Baginda turut melahirkan keyakinan bahawa persekitaran perniagaan di negara ini akan dapat dipertingkatkan lagi sehingga mencapai anak tangga 20 teratas atau 'Top-Twenty' yang disasarkan.

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

Related News

Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17