FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan berangkat ke Sambutan HPA Ke-24


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda.

 


 November 23rd, 2017  |  11:05 AM  |   922 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24, 2017.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Timbalan Menteri (Korporat, PENGGERAK dan Ekonomi) di JPM Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, selaku Penasihat-Penasihat Bersama Sambutan HPA dan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM, Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Ke-24.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain diiringi dengan persembahan tausyeh dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang dikhususkan kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam serta pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Anfal oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Zulkifli bin Haji Murat, manakala pengajaran ayat pula disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman.

 

Setiausaha Tetap di JPM, Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Ke-24 dalam sembah alu-aluannya, antara lain menyembahkan bahawa keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli ke majlis tersebut bukan sahaja mencerminkan keprihatinan baginda ke atas perkembangan perkhidmatan awam di negara ini, tetapi juga mencerminkan keprihatinannya ke atas kesejahteraan warga kerja serta peningkatan prestasi perkhidmatan awam kerajaan baginda.

 

Awang Haji Nazmi mewakili semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Sambutan HPA menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli ke majlis tersebut.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan mengurniakan Titah Majlis Sambutan HPA Ke-24, 2017.

 

Acara diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Etika Kerja Perkhidmatan Awam Berasaskan Falsafah Negara Zikir' yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin.

 

Pemakluman para penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) bagi Tahun 2017 disembahkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Awang Manap bin Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penilaian APCPA bagi Tahun 2017.

 

Majlis juga menyaksikan tayangan video klip Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) bagi Tahun 2017 disusuli dengan sembah pemakluman pemenang KKC yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Institut Perkhidmatan Awam, Dayang Hajah Noor Airah binti Haji Abdul Rahman, selaku Pengerusi Penyelenggaraan Konvensyen.

 

Seramai 41 pegawai dan kakitangan terdiri daripada Bahagian II, III, IV dan VI dari setiap kementerian yang telah diperkenankan menerima APCPA 2017 bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang juga mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai serta kakitangan yang lain.

 

Anugerah itu diharap akan menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat bekerja dan produktiviti kerja yang lebih tinggi lagi berkualiti yang akan membawa ke arah Perkhidmatan Awam yang cemerlang.

 

Para penerima APCPA 2017 bagi setiap bahagian menerima hadiah sebuah plak, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND1,000.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada penerima-penerima APCPA dan pemenang KKC.

 

Kumpulan 3GS dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dipilih sebagai pemenang tempat pertama bagi Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan Ke-20 bagi projek bertajuk 'Kesukaran Dalam Pengendalian Maklumat Peralatan Komputer', sekali gus menerima hadiah wang tunai sebanyak BND6,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

 

Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan LIFESAVER995 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang menerima wang tunai BND4,000, piala iringan dan sijil penghargaan menerusi tajuk projek mereka 'Meningkatkan Kebakaran Gambut Pada Musim Cuaca Panas Di Kawasan Mukim Seria'.

 

Kumpulan MU@KAD juga dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan mendapat tempat ketiga dengan projek bertajuk 'Peta Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan)' sekali gus menerima hadiah wang tunai sebanyak BND2,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

 

Sementara itu, penerima-penerima sagu hati juga menerima wang tunai sebanyak BND1,000 berserta sijil penyertaan.

 

Doa Selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, baginda dijunjung untuk bergambar ramai bersama para pemenang APCPA dan Konvensyen KKC, Tahun 2017.

 

Tema HPA Ke-24 pada tahun ini ialah 'Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif', dihasrat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam supaya menjadi lebih responsif dan prihatin terhadap aspirasi serta keperluan masyarakat juga merangkumi transformasi dalam cara berfikir dan bertindak dalam melaksnaakan dasar-dasar kerajaan serta kesejahteraan rakyat.

 

Perkhidmatan Awam juga perlu terus berusaha dengan gigih untuk menyediakan eko-sistem dan persekitaran yang terbaik untuk Rakyat Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16