FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menghayati Rukun Islam Ke-3 serikan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat


TAZKIRAH disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Ugama Islam, KHEU, Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu dengan tajuk ‘Menghayati Rukun Islam Ke-3’.

 


 November 20th, 2017  |  10:29 AM  |   737 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Antara kesalahan atau kekeliruan dalam menunaikan atau menyerahkan zakat ialah memberikan sejumlah wang kepada mereka yang hadir dalam sesuatu acara seperti kepada penduduk kampung ataupun para pelajar dengan  niat untuk menunaikan zakat. Ini termasuk menyerahkan zakat kepada orang tua, anak yatim atau orang kelainan upaya yang mempunyai harta serta bukan tergolong susah (sama ada fakir atau miskin), memasukkan wang zakat ke dalam tabung-tabung derma atau tabung kebajikan dan membina sesuatu bagi kemudahan orang ramai.

 

Perkara tersebut antara yang ditekankan semasa tazkirah Program Masjidku Makmur, Negara Berkat yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Program dikelolakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

 

Tazkirah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Ugama Islam, KHEU, Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu dengan tajuk 'Menghayati Rukun Islam Ke-3'.

 

Tazkirah tersebut turut menegaskan jika zakat belum ditunaikan oleh setiap individu Islam bagi yang sudah mencukupi syarat-syaratnya, maka ia dianggap telah jatuh menjadi hutang seorang hamba kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang perlu dilunaskan dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengakhiri kehidupan di dunia yang sementara ini.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud;  Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Serudin bin Haji Timbang.

 

Turut sama menyerikan program tersebut ialah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan dan Bahagian Perhubungan Awam, KHEU.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12