Home > Bahasa Melayu
PPDB mulakan Dikir Maulud
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
November 20th, 2017 | 10:26 AM | 1718 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulud sempena Maulud Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi yang berlangsung di Surau, lbu Pejabat Polis Gadong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Berjemaah diikuti dengan Pembukaan Dikir Maulud yang diketuai oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.
Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban selepas Sembahyang Fardu lsyak Berjemaah dan Doa Selamat oleh lmam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Majlis yang dianjurkan oleh Badan Ugama Islam PDB tersebut turut hadiri oleh pengarah-pengarah jabatan serta pegawai-pegawai dari PPDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]