Home > Bahasa Melayu
Dikir Maulud semarak Masjid SSBRPAD Kampung Manggis / Madang
ANTARA yang ikut serta dalam Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang.
November 20th, 2017 | 10:23 AM | 2937 views
MANGGIS/ MADANG
Laungan dikir bermulanya sejurus menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib menandakan kita akan menyambut hari kelahiran Kunjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bakal tiba nanti.
Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang juga tidak ketinggalan mengadakan dikir yang memuji keagungan Rasulullah itu.
Antara yang menyertai jemaah ialah Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, selaku Penasihat Masjid berkenaan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Bilal masjid berkenaan, Awang Razman bin Ramlee.
Kemudian diteruskan dengan dikir daripada para jemaah yang datang.
Doa Dikir dibacakan oleh Imam masjid itu, Awang Haji Jufri bin Haji Abidin, manakala Awang Razman membacakan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]