Home > Bahasa Melayu
KHEDN buka tirai Dikir Maulud
ROMBONGAN KHEDN yang diketuai oleh Menterinya, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong memulakan Dikir Maulud. ROMBONGAN Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya membuka tirai Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439 Hijrah di Masjid Lambak Berakas.
November 20th, 2017 | 09:36 AM | 722 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya membuka tirai Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439 Hijrah di Masjid Lambak Berakas.
Menurut Siaran Akhbar KHEDN, mengetuai rombongan kementerian berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Masjlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan seterusnya mendengarkan Kuliah Maghrib dan diikuti dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah dan dilanjutkan dengan Dikir Maulud.
Majlis Berdikir rombongan kementerian berkenaan adalah salah satu acara yang diadakan pada setiap tahun di daerah-daerah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Memperingati Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping mengeratkan hubungan silaturahim bersama para penduduk kampung.
Rombongan seterusnya akan berkunjung ke Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang pada 21 November.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Othman; Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Awang Ajman bin Meludin; Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan kementerian tersebut, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung serta para jemaah yang hadir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]