FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat rasmikan syarikat pengeluar majerin


DYTM DPMM semasa berkenan merasmikan kilang Western Foods And Packaging Sendirian Berhad.

 


 November 19th, 2017  |  10:33 AM  |   1061 views

SERASA

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Rasmi Syarikat Western Foods and Packaging (WFP) Sendirian Berhad bertempat di Tapak Perindustrian Serasa, di sini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ke majlis tersebut dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan Timbalan Pengerusi Yildiz Holding, Ali Ulker.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Abdul Hamid bin Bakal.

 

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Yildiz Holding, Ali Ulker dalam sembah alu-aluannya menyembahkan, marjerin adalah produk yang banyak perkembangan hiliran, selain boleh menyokong banyak perniagaan dan perdagangan yang lain.

 

''Syarikat kami menyasarkan pasaran eksport yang akan membawa penjimatan penting logistik pada negara. Kilang ini dioperasikan 100 peratus oleh rakyat Brunei.

 

Pada masa ini, kami mempunyai seramai 75 pekerja tempatan dan tidak lama lagi akan meningkatkan penggunaan kapasiti sehingga mencecah 200 orang. Tidak hairan kepada kami, dengan sistem pendidikan yang baik di negara ini, para pekerja kami dapat belajar dengan cepat mengenai pemprosesan marjerin dalam program latihan yang dijalankan di kilang Marsa di Turki,'' terangnya.

 

Beliau turut menyembahkan setinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan DYTM ke majlis berkenaan.

 

DYTM kemudiannya berkenan mengurniakan sabda perasmian kilang WFP dan seterusnya menandatangani plak peringatan sempena perasmian serta berkenan menerima pesambah.

 

Sejurus sebelum berangkat menyaksikan pameran-pameran WFP serta operasi-operasi kilang pembuatan marjerin.

 

WFP merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Marsa Yag Sanayi Ve Ticaret AS (Marsa), yang mana ini menandakan salah satu pencapaian negara dalam mempelbagaikan ekonomi serta memberikan peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

 

Ia ditubuhkan pada tahun 2011 untuk memperkembangkan pengeksportan produk-produknya ke rantau Asia, Australia, New Zealand dan lain-lain.

 

Pada awal bulan ini, kilang WFP dengan kapasiti pengeluaran marjerin sebanyak 200 metrik tan sehari telah selesai dibina di Tapak Perindustrian Serasa seluas 1.9 hektar.

 

Produk-produk WFP disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) untuk memenuhi keperluan pengguna Muslim di seluruh dunia.

 

WFP juga mencari peluang hiliran untuk produk-produknya yang boleh digunakan sebagai ramuan pembuatan biskut, coklat, pastri dan ais krim, manakala produk sampingan kilangnya juga boleh digunakan sebagai makanan ayam dan pembuatan sabun serta detergen.

 

Ini merupakan penglibatan kali pertama Negara Brunei Darussalam dalam pengeksportan produk marjerin dan minyak makan.

 

Marsa ialah sebuah syarikat pembuatan minyak makan dan lemak yang terkemuka dari Republik Turki, yang mana pemegang saham tersebut di Syarikat Marsa dimiliki oleh salah satu konglomerat makanan terkemuka Republik Turki, Yildiz Holding bersama-sama dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi SDC, Kementerian Kewangan.

 

Marsa adalah antara perintis pengeluaran makanan di Turki sejak 1926 yang pada masa ini, telah mengeksport ke lebih daripada 65 buah negara, merangkumi lima benua.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30