FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Kesihatan Kongsikan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan


SUASANA sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong Daerah Belait.

 


 November 19th, 2017  |  10:24 AM  |   540 views

KUALA BELAIT

 

Seramai 14 Penghulu-Penghulu, Pemangku Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung dari Mukim Bukit Sawat, Mukim Kuala Belait, Mukim Labi, Mukim Liang, Mukim Melilas, Mukim Seria dan Mukim Sukang menghadiri Sesi Muzakarah sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung bagi Daerah Belait.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Pengerusi Sesi Muzakarah tersebut.

 

Sesi muzakarah yang diadakan di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumim, Penghulu Mukim Liang, Zon I dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Ketua Kampung Labi I, Zon II, Daerah Belait.

 

Sesi dimulakan dengan ucapan mukadimah oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad yang kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Muzakarah itu diadakan bertujuan untuk mengongsikan perkembangan inisiatif-inisiatif sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan semenjak dua tahun yang lepas.

 

Selain turut mendengarkan isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk di Daerah Belait.

 

Permuzakarahan yang diadakan bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang diadakan dalam suasana muhibah dan secara terbuka bagi perkongsian maklumat, pemikiran, pandangan dan cadangan sudah setentunya akan memberi manfaat pada Kementerian Kesihatan dalam usahanya untuk mendalami lagi cabaran-cabaran yang ada bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan demi kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Menteri Kesihatan seterusnya menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama erat daripada semua lapisan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kesihatan dan menekankan bahawa kesihatan adalah peranan semua.

 

Kementerian Kesihatan juga telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengatasi isu-isu yang dibincangkan tahun lepas dan adalah penting bagi Kementerian Kesihatan menilai pencapaian serta mengetahui usaha-usaha yang telah dilaksanakan mencapai objektif juga menampakkan impak yang dihasratkan, jika berlaku sebaliknya, maka perbincangan tentang bagaimanakah cara selaku mata dan telinga kerajaan untuk sama-sama dapat memperbaikinya lagi.

 

Menerusi temu bual Pelita Brunei bersama Penguasa Perubatan Hospital Suri Seri Begawan, Doktor Haji Mohd. Syafiq berkata, muzakarah tersebut merupakan satu insiatif yang baik yang telah diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mencungkil mengenai isu-isu kesihatan melalui Penghulu-Penghulu, Pemangku Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dengan harapan akan dapat mencapai dan menyahut setiap buah fikiran serta cadangan yang akan dilaksanakan sehingga mencapai matlamat yang dihasratkan.

 

Ke arah itu, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk bekerja sama dengan pihak-pihak NGO agar matlamat serta hasrat untuk memantau kesihatan masyarakat terjangkau juga akan dapat segera ditangani, jelas beliau.

 

Sementara itu, dalam temu bual bersama Ketua Kampung Pandan 'A', Awang Sulaiman bin Haji Udin berkata, kepentingan kesihatan adalah tanggungjawab semua peringkat masyarakat, justeru beliau menyeru agar masyarakat juga akan memberi kerjasama serta pemedulian di antara satu sama lain perlu dipraktikkan bersama.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12