FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tangani Ancaman Keganasan Maritim Sejagat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan menyaksikan demonstrasi serangan anti pengganas ke atas kapal yang melibatkan pasukan-pasukan khas negara-negara ADMM-Plus.

 


 May 5th, 2016  |  10:32 AM  |   2427 views

MUARA

 

Rabu, 4 Mei. - Eksesais Keselamatan Maritim dan Anti Keganasan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus MS & CT) yang dipengerusikan bersama oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura dihasrat dapat meningkatkan kerjasama ketenteraan dan meningkatkan 'interoperability' antara negara-negara yang terlibat dalam menangani ancaman maritim.

 

Kerjasama menerusi latihan berbilang hala yang berlangsung di perairan Negara Brunei Darussalam itu melibatkan 10 anggota ASEAN terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan Viet Nam, sementara lapan negara rakan dialog ialah Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.

 

04052016 AZMAH MNCC 1

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Eksesais Keselamatan Maritim dan Anti Keganasan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus MS & CT) di Pusat Koordinasi Berbilang Negara (MNCC), Muara.

 

Sebelum meneruskan latihan ke Republik Singapura, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB pagi tadi telah berkenan berangkat melawat ke Eksesais ADMM-Plus MS & CT.

 

04052016 HAMZAH MNCC 03

KEBAWAH DYMM disembahkenalkan kepada ketua-ketua ADSOM-Plus.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Koordinasi Berbilang Negara (MNCC) di sini dijunjung oleh Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

 

04052016 AZMAH MNCC 9

SEMBAH ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

04052016 AZMAH MNCC 10

TAKLIMAT mengenai Eksesais Keselamatan Maritim dan Anti Keganasan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus disampaikan oleh Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Hamzah bin Haji Sahat, selaku Pengarah Eksesais Bersama ADMM-Plus MS & CT.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia terlebih dahulu disembahkenalkan kepada ketua-ketua dan wakil-wakil Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pertahanan Kanan ASEAN-Plus (ADSOM-Plus).

 

Baginda kemudiannya dijunjung ke bilik persidangan dan sebelum berkenan mendengarkan sembah alu-aluan daripada Pemerintah ABDB, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.

 

04052016 AZMAH MNCC 13

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan meninjau ke Maritime Security Task Force Headquarters dan Pusat Penyelaras Eksesais bagi Eksesais ADMM-Plus MS & CT di pusat MNCC.

 

Pemerintah ABDB dalam sembah alu-aluan antara lain menyembahkan eksesais tersebut menyediakan platform ketelusan dan komunikasi terbuka yang sangat diperlukan bagi meredakan sebarang ketegangan, memantapkan tahap kesetiaan dan membina kerjasama lebih rapat yang menyertainya.

 

Katanya, kehadiran ketua-ketua dan wakil-wakil ADSOM-Plus dan sokongan padu negara-negara ADMM-Plus mencerminkan satu petunjuk yang jelas menerusi komitmen secara berterusan bagi inisiatif kerjasama ke arah meningkatkan kemanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

 

04052016 FILA MNCC 04

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan mendengarkan sembah penerangan semasa meninjau Maritime Security Task Force Headquarters dan Pusat Penyelaras Eksesais bagi Eksesais ADMM-Plus MS & CT di pusat MNCC.

 

Sementara itu, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Hamzah bin Haji Sahat, selaku Pengarah Eksesais Bersama dalam sembah taklimatnya antara lain menerangkan latihan tersebut dapat meningkatkan kerjasama tentera secara praktikal dari peringkat ASEAN hingga ke peringkat rakan-rakan dialog ASEAN.

 

Kebawah DYMM selepas itu berkenan meninjau ke Maritime Security Task Force Headquarters dan Pusat Penyelaras Eksesais bagi Eksesais ADMM-Plus MS & CT di pusat berkenaan.

 

Sejurus selepas itu, baginda menaiki pesawat helikopter ABDB Blackhawk S-70i menuju ke KDB DARUTTAQWA dan berkesempatan membuat tinjauan udara ke atas semua kapal-kapal tentera laut ADMM-Plus yang berlabuh di perairan negara.

 

04052016 AZMI KPL JPN 05

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan melawat kemudahan yang terdapat di dalam kapal Jepun JDS Ise DDH-182.

04052016 AZMI KPL JPN 09

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar ramai di atas kapal Jepun JDS Ise DDH-182.

04052016 AZMI KPL JPN 10

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah.

 

Keberangkatan baginda di KDB DARUTTAQWA telah dijunjung oleh Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, selaku Pengerusi Bersama (Brunei) bagi Kumpulan ADMM-Plus Pakar 'Kerja Keselamatan Maritim (EWG MS).

 

Semasa berada di kapal berkenaan, baginda menyaksikan serangan anti pengganasan ke atas kapal yang melibatkan pasukan-pasukan khas negara-negara ADMM-Plus.

 

04052016 FILA HM SANTAP 5

KEBAWAH DYMM semasa berangkat di Mes Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei bagi Santap Tengah Hari.

04052016 FILA HM SANTAP 9

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

04052016 AZMAH SANTAP 16

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar kenangan bersama perwakilan anggota negara-negara yang terlibat dalam ADMM-Plus MS & CT.

 

Dari KDB DARUTTAQWA, baginda berkenan berangkat terbang ke kapal Jepun JDS Ise DDH-182, sejenis helikopter pemusnah kelas-Hyuga Tentera Laut Jepun. Baginda juga berkenan melihat secara lebih dekat fasiliti yang terdapat di kapal tersebut.

 

Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Mes Pegawai TLDB bagi Santap Tengah Hari dan seterusnya menerima pesambah dan diakhiri dengan menandatangani lembaran keberangkatan serta sesi bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Haniza Abdul Latif, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39