FacebookInstagramTwitterContact

 

Dog Rescued For Being Too Skinny Is Now On A Diet After Getting Too Fat           >>           Kendra Wilkinson Admits to More ''Marital Problems'' With Hank Baskett           >>           Organic Family Farm Ruined By Herbicide Drift: A Case Study (And Warning For Humanity)           >>           Fruits And Vegetables Improve Lung Function: Just One Extra Serving Every Day Can Decrease Your Risk Of Disease By 24%           >>           Go For A Brisk Walk Every Day To Protect Your Brain           >>           Research Confirms: Eating A Variety Of REAL Food And Staying Physically Active Is The Key To Lasting Brain Health           >>           Facts About Spacex's Falcon Heavy Rocket           >>           Halltekamp Bridge to be completed despite suspension           >>           Singapore tops 4G speeds worldwide, but falls short on network availability: Report            >>           Gremio Star Arthur Close To Barcelona Move           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:57AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Celik kewangan bantu keputusan efektif berkaitan sumber kewangan


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan mengurniakan sabda pada acara itu dijalankan.

 


 November 15th, 2017  |  12:54 PM  |   398 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pendidikan celik kewangan melalui kemahiran-kemahiran dan pengetahuan berupaya membantu seseorang dalam membuat keputusan tepat dan efektif berkaitan sumber kewangan.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan bersabda, penubuhan Majlis Kebangsaan Celik Kewangan (MKCK) adalah tepat dalam memberikan hala tuju kepada pembentukan strategi-strategi yang berdaya maju dan bermakna yang menjurus kepada merealisasikan salah satu matlamat Wawasan Negara iaitu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, khususnya dari segi kestabilan kewangan.

 

"Menurut The Organisation for Economic and Co-operation and Development (OECD), pendidikan kewangan adalah penting bagi kedua-dua negara sedang membangun dan maju," sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada Mesyuarat Pertama MKCK yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya bersabda, bagi negara yang sedang pesat membangun, pengguna-pengguna yang berpengetahuan tentang kewangan boleh membantu sektor kewangan dalam memberikan sumbangan yang berkesan kepada pertumbuhan ekonomi sebenar termasuklah pengurangan kemiskinan.

 

Manakala bagi negara-negara maju, sabda DYTM, pendidikan kewangan mampu mempengaruhi pengurusan kewangan individu, misalnya dari sudut simpanan persaraan atau bagi mengelakkan daripada hutang yang berlebihan.

 

"Ini adalah selaras dengan titah paduka ayahanda bersempena Tahun Baharu 2012, yang mana menekankan amalan berjimat cermat sebagai kunci kepada kestabilan dan kemakmuran, sama ada di peringkat kerajaan, isi rumah, mahupun individu, dan sebagai asas kepada survival ekonomi negara. Sebaliknya, berbelanja besar di luar kemampuan akan membawa kepada tragedi pahit," sabda DYTM.

 

Oleh yang demikian, DYTM bersabda mengingatkan untuk memupuk budaya berhemah dan menabung dalam kalangan masyarakat kita hendaklah dijadikan fokus utama majlis tersebut.

 

"Setakat ini, alhamdulillah, negara telah mencapai permulaan yang baik. Saya mengambil maklum bahawa nisbah pembiayaan tertunggak bagi isi rumah telah meningkat baik pada 1.9 peratus pada Suku Kedua 2017, berbanding dengan 3.3 peratus pada tahun 2010," dalam sabdanya.

 

Ini tambah sabda DYTM, adalah disebabkan oleh beberapa perkembangan regulatori dan penambahbaikan infrastruktur kewangan di dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, masyarakat yang mempunyai asas pengetahuan kewangan yang kukuh masih diperlukan bagi mengimbangi penambahbaikan-penambahbaikan berkenaan.

 

Satu kajian yang telah dijalankan oleh pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama Pusat Kajian Dasar dan Strategik (CSPS) pada tahun 2015 mendapati beberapa jurang perlu ditangani.

 

Kajian tersebut dalam sabda DYTM, mendapati 34 peratus responden isi rumah tidak mempunyai sebarang bajet dan bagi responden individu, 49 peratus pula tidak menyimpan secara aktif; manakala 24 peratus lagi memerlukan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan harian.

 

"Saya difahamkan bahawa antara tugas-tugas majlis ini adalah untuk menjalankan kajian secara kerap untuk memantau petunjuk-petunjuk penting ini dan mengemukakan atau melaksanakan tindakan-tindakan ke hadapan yang bersesuaian," sabdanya.

 

Justeru itu, DYTM berharap melalui usaha-usaha sedemikian, kita akan dapat melihat peningkatan yang lebih baik di dalam statistik tersebut, dan memberikan kesan positif terhadap kehidupan rakyat apabila mereka mampu membuat pilihan kewangan yang lebih baik, tepat dan bertanggungjawab.

 

Walaupun pendidikan kewangan jelas sabda DYTM, merupakan penyelesaian yang berdaya maju, namun pengetahuan itu sendiri tidak semestinya merubah kepada tingkah laku yang positif. Ini terbukti berdasarkan kajian AMBD -CSPS yang mendapati rakyat Brunei mencatatkan sikap kewangan yang tinggi tetapi tidak dilihat daripada tingkah laku berkaitan kewangan mereka.

 

Manusia sememangnya mudah didorong oleh firasat yang boleh menyebabkan tingkah laku yang melulu dan kurang kawalan diri. Oleh itu, DYTM bersabda, di dalam membangunkan strategi celik kewangan negara dan melaksanakan program-program kesedaran yang meliputi sasaran yang berbeza, kita hendaklah mengambil kira dan menangani aspek-aspek berkaitan hal ehwal tingkah laku dan psikologi.

 

Dengan berbuat demikian, DYTM bersabda menyeru agar semua pihak dapat meningkatkan keberkesanan inisiatif tersebut dan mendorong orang ramai ke arah membuat pilihan yang lebih memberikan manfaat terbaik bagi kesejahteraan mereka serta membina kemampanan kewangan mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Big-Nosed Males Get The ‘Girls’

 2018-02-22 08:40:32

North Korea's Kim Yo-Jong Baby Rumours Fascinate South

 2018-02-22 09:04:25

Singapore's Central Bank Gets A Trigger For Tightening

 2018-02-22 09:41:20