FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keluarga Mawaddah Penuh Wawasan


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Forum Motivasi Pengukuhan Institusi Keluarga di Majlis Perhimpunan Keluarga Mawaddah. Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (empat kiri). | FOTO: PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 May 4th, 2016  |  08:37 AM  |   1949 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 3 Mei. - Dalam membina institusi keluarga yang bahagia harmoni, kukuh dan berdaya tahan yang dapat menyumbang kepada perpaduan masyarakat di negara ini, satu Forum Motivasi Pengukuhan Institusi Keluarga diadakan pada Majlis Perhimpunan Keluarga Mawaddah berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Belimbing, Subok, Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar diikuti dengan tayangan video sempena Hari Keluarga Kebangsaan.

 

Sesi Forum Motivasi menampilkan dua ahli panel iaitu, Dekan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Perguruan Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar dan Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Ghafor dan dipengerusikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yusof bin Haji Abdul Majid @Haji Ajak.

 

Dr. Haji Noralizam dalam forum tersebut antaranya menjelaskan, keluarga yang harmoni mawaddah adalah keluarga yang berwawasan yang mana keluarga itu bukan sahaja bertahan dan berkumpul di dunia ini tetapi juga mahu berkumpul di akhirat kelak iaitu di syurga Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Jika kita inginkan keluarga kita kekal hingga ke syurga tambahnya, itu merupakan satu wawasan yang cukup indah kerana mereka mahu keluarganya itu keluarga yang sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

030516 ASRI4 MAWADDAH

FORUM Motivasi disampaikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU SB), Ustaz Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar (tengah) dan Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Ghafor (kanan).

 

"Keluarga bermula daripada sepasang suami dan isteri. Keluarga itu membawa erti bahawa suami dan isteri dan anak-anak dan diertikan sebagai seisi rumah tangga, kaum kerabat dan saudara mara. Manakala berwawasan itu bererti suatu pandangan jauh terutama yang berkaitan dengan kemajuan atau perkembangan masa depan," ujarnya.

 

Beliau menjelaskan, keluarga berwawasan itu ialah keluarga yang dari pandangan jauh yang mana ia mahu keluarga itu sentiasa maju ke depan ertinya sentiasa membawa kebaikan, iaitu keluarga yang soleh.

 

Kita juga tambahnya perlu tahu bahawa anak-anak itu adalah juga dikatakan sebagai keluarga dan anak-anak itu adalah yang terpenting dalam pembentukan keluarga.

 

Beliau menegaskan, sebelum kita mengharapkan anak-anak kita berperanan untuk merealisasikan atau mengukuhkan keluarga, kita juga perlu tahu ianya juga bermula dari ibu bapa itu sendiri.

 

Anak yang soleh katanya diharap dapat mengukuhkan institusi keluarga yang akan sama-sama menuju ke arah merealisasikan keluarga yang berwawasan dan keluarga berwawasan itu bukan hanya ayah, ibu atau anak-anak tetapi semua dalam keluarga itu sama-sama menggerakkan impian mereka ataupun untuk menuju kepada merealisasikan keluarga berwawasan.

 

"Anak-anak perlu berbuat baik kepada ibu bapa, bawa kebaikan kepada keluarga, bawa kebaikan yang boleh membahagiakan kedua ibu bapa. Apa kebaikan yang boleh membahagiakan kedua orang tua itu? Pertama, iaitu perlu belajar dengan tekun dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kerana kejayaan itu sebenarnya salah satu faktor membawa atau menjamin kebahagiaan keluarga pada masa akan datang," ujarnya.

 

030516 ASRI2 MAWADDAH

ANTARA yang hadir pada Majlis Perhimpunan Keluarga Mawaddah berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Perintah kedua, ibu bapa jelasnya wajib ditaati selama mana ketaatan itu tidak membawa kepada kemaksiatan serta melanggar hukum syarak dan menjauhi larangannya.

 

Beliau seterusnya mengongsikan pentingnya pergaulan yang baik bersama kedua ibu bapa seperti bercakap dengan lemah lembut dan membantu mereka membuat kerja-kerja rumah, berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat serta mengambil berat kepada adik-beradik lelaki dan perempuan seperti membantu mereka dalam pelajaran dan menolong dalam menyelesaikan masalah.

 

Sementara itu, Awang Haji Ali Yusri pula mengongsikan antara perkara-perkara yang diingini oleh anak-anak terutama anak-anak remaja iaitu ibu bapa yang penyayang, ibu bapa yang dapat mendengar dan tempat mengadu nasib bila anak-anak bersedih serta boleh menangani masalah.

 

Jelasnya, ibulah orang yang paling utama sekali kerana ibu adalah the best motivator, best counselor dan teacher dan kita adalah ibu bapa yang hebat jika anak kita mahu mengongsikan masalah mereka kepada kita.

 

Anak-anak juga tegasnya, ingin ibu bapa yang pandai berjenaka, sabar dan memberi kepercayaan kepada anak-anak serta yang terakhir ialah ibu bapa yang tidak memalukan anak-anak di depan orang ramai sama ada memuji atau mengeji.

 

Majlis dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan, persatuan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) serta orang awam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19