FacebookInstagramTwitterContact

 

Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spain WWC Winners, Jude Bellingham Take Home Laureus Awards           >>           A-League's Central Coast Mariners Eye $2.3m AFC Cup Payday           >>           Gambling Activity Foiled           >>           Temporary Slip Road Closure           >>           Water Disruption           >>           National Speech Contest           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AEC Pacu Peningkatan Saingan Pasaran Automatif


TETAMU Kehormat, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Pengiran Haji Md. Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat The 23rd Meeting of the ACCSQ Automotive Product Working Group (APWG) 2016. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 May 4th, 2016  |  08:27 AM  |   1919 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 3 Mei. - Kesan pada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) kepada sektor automatif adalah sangat besar kerana ia dapat memacu peningkatan persaingan, inovasi dan ekonomi dinamik dalam pasaran automatif di rantau ini.

 

''Walau bagaimanapun dalam sektor lain, halangan bukan tarif tetap menjadi satu cabaran,'' jelas Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Pengiran Haji Md. Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak pada Perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Perunding ASEAN mengenai Piawaian dan Kualiti (ACCSQ) Kumpulan Kerja Produk Automatif (APWG) Ke-23 di Hotel Centrepoint, Gadong, di sini.

 

Justeru itu, beliau percaya kerja dan inisiatif APWG adalah relevan dan penting dalam mengalihkan halangan ke arah meningkatkan persaingan ASEAN dan memudahkan perdagangan dengan negara-negara lain di dunia.

 

Ini jelasnya, termasuk penyelesaian pengiktirafan bersama MRA mengenai jenis kelulusan bagi produk-produk automatif.

 

030516 HERNIE3 ACCSQ

TETAMU Kehormat, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Pengiran Haji Md. Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak (lapan, kiri) bergambar ramai bersama Ketua-ketua Delegasi dari Negara-negara ASEAN.

 

Menurutnya, objektif utama MRA adalah untuk memastikan setiap produk automatif dikawal selia oleh makmal ujian yang berdaftar dan diperiksa oleh badan pemeriksaan yang berdaftar dalam negara-negara ahli pengeksportan.

 

Menerusi kejayaan perlaksanaan MRA katanya, para pengeluar akan lebih mudah dan murah untuk mengeksport sistem dan komponen automatif untuk ahli-ahli ASEAN dan sekali gus akan turut menyumbang pada merealisasikan AEC.

 

ACCSQ APWG Ke-23 akan diadakan selama dua hari, dihadiri oleh pegawai-pegawai dari ASEAN dan pihak berkuasa serta agensi-agensi dari Jabatan Pengakutan Darat juga industri serta ahli-ahli ASEAN yang lainnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39