FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Laluan Perairan Selamat untuk Semua


PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah (kanan) semasa merasmikan ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM). | FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 May 4th, 2016  |  08:23 AM  |   1968 views

MUARA

 

Selasa, 3 Mei. - Keganasan merupakan satu ancaman yang tidak dapat dijangkakan yang mana rantau ini telah menyaksikan penyebaran pengaruh beberapa elemen radikal.

 

Setentunya, laluan maritim adalah salah satu saluran yang membentuk kepada pengaruh tersebut, sama ada sebagai satu cara pengangkutan atau untuk keuntungan kewangan.

 

Oleh itu, kerjasama yang lebih luas amat diperlukan, seperti gabungan pakar-pakar kumpulan kerja bagi eksesais keselamatan maritim dan menangani keganasan, untuk menyumbang dalam memastikan laluan perairan yang selamat untuk semua.

 

Demikian ditegaskan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah semasa merasmikan Eksesais Keselamatan Maritim dan Anti Keganasan dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus MS & CT) berlangsung di Pusat Kordinasi Berbilang Negara (MNCC), di sini.

 

Menurut Yang Dimuliakan Pehin, tekanan yang dihadapi hari ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya kerana cabaran keselamatan telah terbukti menjadi lebih kompleks dan sering merentas antara sempadan dengan agak mudah dan pantas.

 

Dengan kebangkitan globalisasi dan pembangunan pesat teknologi jelasnya, kita sentiasa diuji dengan keupayaan untuk menghulurkan kerana dikehendaki menjalankan pelbagai operasi pertempuran dan antara agensi dalam menangani pelbagai ancaman keselamatan yang muncul selain bertahan dalam kelembapan ekonomi dan implikasinya terhadap keselamatan negara.

 

030516 MASRI2 ADMM

TETAMU Kehormat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah semasa berucap merasmikan ADMM-Plus.

 

Yang Dimuliakan Pehin menjelaskan, terdapat begitu banyak perkara yang boleh dipelajari daripada satu sama lain dan menyelesaikan cabaran bersama-sama.

 

Cara yang paling berkesan untuk melakukannya tambah Yang Dimuliakan Pehin, adalah melalui komunikasi yang jelas dan terbuka.

 

"Dengan memastikan adanya komunikasi antara satu sama lain, kita dapat membina kepercayaan, boleh melaksanakan kerja bersama-sama, mengekalkan perkongsian yang berkesan dan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara satu sama lain," jelas Pemerintah ABDB.

 

Yang Dimuliakan Pehin seterusnya percaya, bahawa latihan ini akan menyediakan platform telus yang amat diperlukan dan komunikasi terbuka dalam usaha untuk mengurangkan ketegangan, meningkatkan kepercayaan dan membina kerjasama yang lebih erat di kalangan semua negara-negara yang mengambil bahagian.

 

Usaha mulia ini tambahnya boleh menjadi contoh kepada orang lain dalam usaha ke arah keamanan dan keselamatan yang mampan untuk kebaikan manusia sejagat di peringkat global.

 

Terdahulu, Pengarah Eksesais Bersama, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, semasa eksesais itu beberapa siri latihan akan dilaksanakan di perairan negara ini yang memerlukan Pasukan Petugas Keselamatan Maritim (MSTF) mengaplikasikan ADMM-Plus MS FTX SOP dan dokumen Code of Unplanned Encounters at Sea (CUES).

 

Menurutnya, fasa menangani keganasan seterusnya pula akan dijalankan sebaik saja Kumpulan Petugas menghampiri Republik Singapura.

 

030516 MASRI4 ADMM

ANTARA yang hadir pada Majlis Perasmian Eksesais Keselamatan Maritim dan Anti Keganasan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (Eks. ADMM-Plus MS & CT) berlangsung di Pusat Kordinasi Berbilang Negara (MNCC).

 

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyatakan, MSTF melibatkan sejumlah 18 kapal perang, 16 helikopter dan dua kapal patrol maritim merangkumi elemen-elemen menangani keganasan di mana para kakitangan yang berpangkalan di pantai dari negara-negara yang menyertai ADMM-Plus berpeluang melakukan operasi bersama di samping mencapai objektif eksesais.

 

Selepas melancarkan eksesais, YDM Pemerintah ABDB turut mengaktifkan Kumpulan-kumpulan Kerja Eksesais dan kemudiannya dibawa melawat ke Pusat Kawalan Eksesais di Pusat MNCC.

 

Hadir menyaksikan majlis perasmian ini ialah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Unit Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan anggota daripada semua negara ADMM-Plus yang terlibat di dalam eksesais ini.

 

Eksesais ADMM-Plus MS & CT tahun ini dikelolakan bersama oleh ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura selepas kejayaan ADMM-Plus Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bencana dan Perubatan Tentera (ADMM Plus HADR & MM) pada tahun 2013.

 

Ia merupakan latihan berbilang hala yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dan meningkatkan 'interoperability' di antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam menangani ancaman maritim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19